Artis Hiburan Viral

[VIDEO] Buat Perangai ‘Gila-Gila’ Masa Wedding, Ain Edruce Cetus Tawa Ramai

[VIDEO] Buat Perangai ‘Gila-Gila’ Masa Wedding, Ain Edruce Cetus Tawa Ramai

Sharing is caring!

Siapa yang tidak kenal selebriti menawan yang bernama Ain Edruce ini? Pada Jumaat lalu, dia telah pun berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya yang juga ahli perniagaan iaitu Amirul Hafiz Mustaffa di Quill City Mall. Dalam majlis pernikahan itu, Ain telah menerima mas kahwin RM888, selain tiga dulang hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki. Terdahulu, pengacara ini pernah mengatakan bahawa dia telah jatuh cinta terhadap suaminya gara-gara memiliki sikap yang berbeza daripada pemuda lain. 

BACA: Berhasrat Nak 20 Orang Anak, Ain Edruce Kini Bergelar Isteri Kepada Businessman

[VIDEO] Buat Perangai ‘Gila-Gila’ Masa Wedding, Ain Edruce Cetus Tawa Ramai

[VIDEO] Buat Perangai ‘Gila-Gila’ Masa Wedding, Ain Edruce Cetus Tawa Ramai

Aduh, dah kahwin pun perangai masih ‘crack

Ramai mengetahui bahawa selebriti wanita ini cukup sinonim dengan perangai yang ‘gila-gila’. Namun tanpa disangka-sangka, gelagat happy go lucky Ain turut menjadi perhatian semasa majlis resepsinya yang berlangsung pada semalam. Menerusi satu perkongsian video di laman Twitter @zhafirahzz, video itu memaparkan aksi ‘gila-gila’ Ain Edruce yang menyanyikan lagu rap ‘Haa Tepok’ oleh K-Clique dan Kidd Santhe semasa majlis bermakna itu. 


[VIDEO] Buat Perangai ‘Gila-Gila’ Masa Wedding, Ain Edruce Cetus Tawa Ramai

[VIDEO] Buat Perangai ‘Gila-Gila’ Masa Wedding, Ain Edruce Cetus Tawa Ramai

 

Cool je suami dia

Gelagat ‘sempoi’ pelakon drama komedi ‘J.K.K.’ ini ternyata sangat rare kerana melakukan rap sambil memakai gaun pengantinnya. Lucunya, Ain Edruce menyanyikan lagu itu dengan yakin tanpa menghiraukan lirik lagu yang disebutnya. Di sebalik kelakuannya itu, suaminya pula kelihatan tenang dan cuma mampu tersenyum melihat aksi spontan isterinya itu. 

[VIDEO] Buat Perangai ‘Gila-Gila’ Masa Wedding, Ain Edruce Cetus Tawa Ramai

[VIDEO] Buat Perangai ‘Gila-Gila’ Masa Wedding, Ain Edruce Cetus Tawa Ramai

Kalau aku buat ni dah lama makcik baling kuali

Tindakan berani Ain Edruce itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berseloroh menyatakan bahawa pasti akan ‘dihempuk’ oleh saudara-mara jika bertindak melakukan perkara yang sama seperti artis berkenaan. Malah tidak kurang juga ada yang terhibur dengan perangai pengantin baru ini kerana selesa dan tidak stress walaupun bergelar raja sehari. Walaupun cuma berdurasi 17 saat, video itu telah mendapat sebanyak 290 ribu tontonan dan 16 ribu retweets setakat ini. 


[VIDEO] Buat Perangai ‘Gila-Gila’ Masa Wedding, Ain Edruce Cetus Tawa Ramai

[VIDEO] Buat Perangai ‘Gila-Gila’ Masa Wedding, Ain Edruce Cetus Tawa Ramai

[VIDEO] Buat Perangai ‘Gila-Gila’ Masa Wedding, Ain Edruce Cetus Tawa Ramai

Sumber:  Berita Harian & Twitter zhafirahzz


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Buat Perangai ‘Gila-Gila’ Masa Wedding, Ain Edruce Cetus Tawa Ramai

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram