Hiburan

“Saya Dah Jadi Peminat”-Walau Nyanyian Tak Sempurna, Naqiu Tawan Datuk M. Nasir

“Saya Dah Jadi Peminat”-Walau Nyanyian Tak Sempurna, Naqiu Tawan Datuk M. Nasir
Rasaflix

Sharing is caring!

Pusingan separuh akhir konsert Gegar Vaganza 2019 yang berlangsung semalam nampaknya menyaksikan semua peserta berusaha sehabis baik bagi melayakkan diri. Malangnya, Wann dan juga Noorshila Amin terpaksa mengucapkan selamat tinggal memandangkan mereka tersingkir setelah 10 minggu berjuang. Dalam pada itu, persembahan daripada Naqiu Boboy yang sering dinanti-nantikan setiap minggu juga menunjukkan sedikit penurunan atas beberapa faktor.

BACA : [VIDEO] Nyanyi Lagu Tok Ti Macam Makanan Sendiri, Part Korus Naqiu Paling Wow

Terima kasih Naqiu percayakan saya

Setelah dinilai semua juri secara profesional, Naqiu sekali lagi menduduki tangga kedua dengan markah 77 peratus berbanding Hardy Mirza, 82 peratus. Bertemakan ‘Fabulous’, Naqiu telah bergandingan kali pertama dengan Azmi Saat dalam mendendangkan lagu berjudul ‘Hanya Namamu’ serta ‘Always‘ secara solo. Menjengah ke ruangan Instagram vokalis Caliph Busker sendiri, dia mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menjadi rakan duet pada malam tersebut.


“Saya Dah Jadi Peminat”-Walau Nyanyian Tak Sempurna, Naqiu Tawan Datuk M. Nasir “Saya Dah Jadi Peminat”-Walau Nyanyian Tak Sempurna, Naqiu Tawan Datuk M. Nasir

Saya dah jadi peminat Naqiu (minit ke 8:03)

Dengan 2 buah lagu yang berlainan genre serta bahasa, pastinya ia menjadi cabaran untuk Naqiu membuat persembahan yang sempurna persis minggu-minggu sebelum ini. Namun selepas nyanyian ditamatkan, penonton memberikan tepukan gemuruh dan juri jemputan iaitu Datuk M. Nasir dilihat tersenyum di tempat duduknya. Siapa menyangka rupanya beliau sendiri sudah menjadi salah seorang peminat Naqiu semenjak mula mengikuti Gegar Vaganza Musim Ke-6 dari awal lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=gSrC_CeGHpw&feature=youtu.be

Persembahan malam ini tidak sempurna (minit ke 8:53)

Baginya sendiri, Naqiu mempunyai kelebihan yang dicari-cari dalam seorang penyanyi selama ini. Meskipun beliau membuat pengakuan berkenaan, Datuk M. Nasir menyifatkan persembahan kali ini agak tidak sempurna kerana Naqiu gagal mengawal ‘kekerasan’ suara pada lagu pertama. Tambah Bonda Hetty Koes Endang pula, vokalis Boboy ini agak terbawa-bawa dengan pembawaan Azmi Saat namun masih sempat memuji semangat bersaing yang ditunjukkan.


“Saya Dah Jadi Peminat”-Walau Nyanyian Tak Sempurna, Naqiu Tawan Datuk M. Nasir

Patut ‘bela’ budak ni…Dia seorang yang gifted (minit 10:20)

Tidak cukup dengan itu, Datuk Ramli M. S. pula sempat menyarankan agar Datuk M.Nasir mengambil Naqiu sebagai ‘anak buah’ supaya bakat nyanyiannya terus diperkembangkan selepas ini. Bahkan dia juga berseloroh ada ‘hadiah’ yang akan diterimanya kelak.

“Saya Dah Jadi Peminat”-Walau Nyanyian Tak Sempurna, Naqiu Tawan Datuk M. Nasir

Sumber : Youtube AZ Channel dan Instagram Azmi Saat


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Saya Dah Jadi Peminat”-Walau Nyanyian Tak Sempurna, Naqiu Tawan Datuk M. Nasir

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes