Tips Viral

[VIDEO] Buang Kuah Berminyak Guna Ais Je, Mak-Mak Wajib Tahu Taktik Mudah Ini

[VIDEO] Buang Kuah Berminyak Guna Ais Je, Mak-Mak Wajib Tahu Taktik Mudah Ini

Sharing is caring!

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan sekali. Khususnya dalam masyarakat Melayu, kebanyakan juadah memang mengandungi pelbagai ramuan yang kadangkala perlu ditumis terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa kuah sedap. Kuantiti minyak juga perlu banyak supaya bahan tumisan tadi boleh dimasak sempurna sekali gus menambahkan kesedapan sesuatu hidangan. Namun begitu, penggunaan minyak yang terlalu banyak bakal membuatkan tekak merasa loya di samping tidak bagus untuk kesihatan.

BACA : [VIDEO] Tak Bagi Markah Penuh Walau Masak Sedap, Suami Terkedu Dengar Ayat Bini


[VIDEO] Buang Kuah Berminyak Guna Ais Je, Mak-Mak Wajib Tahu Taktik Mudah Ini
Gambar sekadar hiasan

Proses cedok kuah guna senduk agak lambat

Oleh yang demikian, kebanyakan orang cenderung untuk mengaut keluar minyak yang terhasil menggunakan senduk. Cara berkenaan memang berkesan untuk mengurangkan lapisan minyak yang timbul di atas kuah, namun tidak dinafikan prosesnya agakleceh. Justeru melalui sebuah video yang dikongsikan oleh akaun Twitter Science is Amazing baru-baru ini, mungkin anda di luar sana boleh mencuba kaedah itu dengan lebih pantas daripada biasa.

Lapisan minyak menjadi beku lepas kena ais

Mula dikongsikan sejak semalam, video berdurasi 18 saat berkenaan sudah menjadi viral sehingga meraih jutaan jumlah tontonan. Dengan hanya menggunakan sebiji ketulan ais, pepejal berkenaan dicelupkan ke dalam periuk steamboat berisi kuah berminyak tadi sebelum permukaan minyak akhirnya menjadi beku. Bahkan lapisan membeku tersebut boleh ditanggalkan daripada terus melekat sebelum langkah sama diulang semula sehingga kandungan minyak dalam periuk berkurangan.


[VIDEO] Buang Kuah Berminyak Guna Ais Je, Mak-Mak Wajib Tahu Taktik Mudah Ini [VIDEO] Buang Kuah Berminyak Guna Ais Je, Mak-Mak Wajib Tahu Taktik Mudah Ini

Dulu ayah pernah ajar tapi tak percaya

Walaupun prinsip sains yang ditolkan itu sangat mudah, siapa sangka lapisan minyak berkenaan membeku sekelip mata apabila bersentuhan dengan ais kan? Melihat kepada ruangan komen,kebanyakan netizen begitu kagum dengan ‘magik’ berkenaan. Selain tidak percaya dengan apa yang mereka lihat, ada juga dilihat berseloroh dengan komen masing-masing.

[VIDEO] Buang Kuah Berminyak Guna Ais Je, Mak-Mak Wajib Tahu Taktik Mudah Ini [VIDEO] Buang Kuah Berminyak Guna Ais Je, Mak-Mak Wajib Tahu Taktik Mudah Ini [VIDEO] Buang Kuah Berminyak Guna Ais Je, Mak-Mak Wajib Tahu Taktik Mudah Ini

 

Sumber : Twitter Science is Magic


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Buang Kuah Berminyak Guna Ais Je, Mak-Mak Wajib Tahu Taktik Mudah Ini

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram