Viral

[VIDEO] Belum Sempat Nak ‘Ruqyah’, Ustaz Terkejut Dihempuk Wanita Kerasukan

[VIDEO] Belum Sempat Nak ‘Ruqyah’, Ustaz Terkejut Dihempuk Wanita Kerasukan

Sharing is caring!

Selain masalah kesihatan, manusia juga berpotensi untuk berdepan dengan masalah gangguan spiritual atau unsur mistik. Meskipun gangguan anasir luar seperti sihir, santau, saka dan sebagainya tiada penawar khusus seperti perubatan moden, namun masyarakat kita pasti akan merujuk situasi sebegini kepada pihak yang lebih pakar dan berpengalaman. Namun begitu, ia tetap belum menjamin masalah tersebut akan selesai kerana ada saja yang tak sembuh-sembuh walaupun sudah pergi berubat di pelbagai tempat.

BACA: [VIDEO] Konvoi Motosikal Ditampar Pengawal, Sesuka Hati Masuk Tol Berpalang

Ragam ustaz nak ubati wanita dirasuk cuit hati ramai

Biasanya, situasi untuk memulihkan individu yang terkena gangguan seperti ini akan disulami pelbagai episod ‘mendebarkan’ seperti terjerit-jerit, meracau, muntah, serta banyak lagi. Namun lain pula kisahnya dengan pengalaman yang dilalui oleh seorang pengamal perubatan bernama Ustaz Norazri Medzlan. Baru-baru ini, dia telah mencuit hati ramai apabila memuat naik sebuah video rakaman ketika merawat seorang wanita ke laman Facebook miliknya.

[VIDEO] Belum Sempat Nak ‘Ruqyah’, Ustaz Terkejut Dihempuk Wanita Kerasukan


“Tak aci betul…bergegar otak aku”

Tatkala dia baru saja hendak memakai sarung tangan, tiba-tiba sahaja wanita yang lengkap bertelekung di hadapannya bangun lantas menampar pipinya. Tak cukup dengan itu, Norazri juga seolah-olah dicekik oleh individu tersebut hingga terpaksa bergelut dengannya. Menerusi ruangan kapsyen, ustaz berusia 37 tahun itu menyatakan bahawa dia sememangnya belum bersedia pada waktu kejadian tersebut berlaku.

Lama dah dia geram ustaz…baru nak intro dah kena ‘selepuk’

Walaupun paparan itu cuma berdurasi kira-kira 5 saat, namun ia pantas dikongsi oleh ramai pengguna media sosial sekali gus menjadi tular. Walaupun ada yang terkejut dan bersimpati dengan pengamal perubatan berkenaan, namun rata-ratanya amat terhibur menyaksikan gelagat spontan wanita terbabit. Malah ada yang berseloroh bahawa makhluk yang berada di dalam insan itu sudah lama geram terhadapnya.

[VIDEO] Belum Sempat Nak ‘Ruqyah’, Ustaz Terkejut Dihempuk Wanita Kerasukan


[VIDEO] Belum Sempat Nak ‘Ruqyah’, Ustaz Terkejut Dihempuk Wanita Kerasukan

[VIDEO] Belum Sempat Nak ‘Ruqyah’, Ustaz Terkejut Dihempuk Wanita Kerasukan

[VIDEO] Belum Sempat Nak ‘Ruqyah’, Ustaz Terkejut Dihempuk Wanita Kerasukan

Sumber: FB Norazri Medzlan


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Belum Sempat Nak ‘Ruqyah’, Ustaz Terkejut Dihempuk Wanita Kerasukan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram