Berita Semasa Viral

[VIDEO] Konvoi Motosikal Ditampar Pengawal, Sesuka Hati Masuk Tol Berpalang

Seperti yang diketahui umum, setiap plaza tol di lebuh raya pasti menyediakan satu lorong istimewa di sebelah kiri jalan khusus buat para penunggang motosikal. Selain untuk melancarkan pergerakan trafik, kemudahan itu juga bertujuan untuk mengelakkan insiden nahas di depan kawasan terbabit. Namun entah apa sebabnya, masih terdapat segelintir pihak yang berdegil untuk menggunakan lorong utama.

BACA: Naik Motor Tak Pakai Helmet, Tak Sangka 2 Lelaki Ditegur Dengan Cara Paling Win

Gambar sekadar hiasan

Sengaja masuk lorong tol berpalang

Sekitar 2 hari lalu, tular rakaman video yang memaparkan gelagat sekumpulan penunggang motosikal apabila sengaja memasuki lorong tol berpalang di Plaza Tol Kampung Lekir Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), Setiawan. Keadaan itu sekali gus menyusahkan pengguna lain yang berhak melalui lorong tersebut.

Advertisement

Pembonceng konvoi motosikal haram ditampar pengawal keselamatan

Gara-gara berang melihat kebiadaban kumpulan konvoi motosikal haram berkenaan, seorang pengawal keselamatan tampil di lorong tol tersebut untuk memberikan amaran kepada mereka. Dia juga telah berjaya menampar salah seorang pembonceng motosikal berkenaan, sebelum dia berlalu pergi bersama rakannya. Kejadian itu turut mendapat sokongan padu daripada beberapa pihak yang menyaksikannya daripada bahagian dalam kereta.

Advertisement

Berpinar kepala kena tampar…menyusahkan orang je

Secara keseluruhannya, kedua-dua video amatur itu telah meraih lebih seribu perkongsian di laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS. Menurut sumber lagi, konvoi tersebut telah pun ditegur namun ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dalam pada itu, rata-rata netizen menyelar tindakan kesemua individu yang tergamak melakukan sedemikian rupa serta memuji tindakan pengawal keselamatan tersebut.

Advertisement

Sumber: FB Info Roadblock JPJ/POLIS

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram