Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Bersungguh Miming Lagu Melayu, Ramai Berdekah Bila Suk-jin Main TikTok

23rd January 2020
in Viral
[VIDEO] Bersungguh Miming Lagu Melayu, Ramai Berdekah Bila Suk-jin Main TikTok
590
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau bercakap mengenai Running Man, siapa sahaja yang tidak mengenali variety show popular Korea Selatan ini. Dianggotai oleh 8 orang selebriti, setiap daripada mereka mempunyai karakter tersendiri semasa melengkapkan cabaran yang diberi. Salah seorangnya adalah Ji Suk-jin yang juga ahli paling berumur dalam siri rancangan berkenaan. Lelaki berusia 53 tahun ini sebenarnya seorang yang sangat lawak bukan sahaja sewaktu berada dalam Running Man malahan di kehidupan sebenar juga.

BACA : [VIDEO] Main Game Dilarang Gelak, Kwangsoo & Jungkook Paling Perit Tahan Ketawa

#anysongchallenge yang asli VS Ji Suk-jin

Baru-baru ini, dia yang juga mesra dikenali dengan gelaran ‘Big Nose Brother‘ kelihatan semakin aktif membuat video di aplikasi TikTok. Meskipun apa yang dibuatnya sama seperti pengguna lain, namun kebanyakan video Suk-jin berjaya menghiburkan ramai. Antaranya adalah sewaktu dia membuat Any Song Challenge. Bagi yang tidak tahu, tarian ini sedang hangat di kalangan pengguna TikTok apalagi ia dimulakan oleh artis Kpop kegemaran mereka terlebih dahulu. Namun ahli Running Man ini mempersembahkannya dengan gaya lucu ala-ala pak cik tua.

Watch, learn, do. @JYPETWICE#AnysongChallenge pic.twitter.com/JaXtoPLbTf

— 🍑 🍓 (@pinkot9) January 17, 2020

https://twitter.com/macar0ns/status/1218837182997090305

Kemain beria-ia Suk-jin miming lagu

Selain itu juga, rakaman sewaktu dia menggunakan lagu latar berbahasa Melayu dalam video TikToknya adalah yang paling menarik perhatian setakat ini. Menggunakan lagu berjudul ‘Izinkan’, rakaman berdurasi 15 saat yang dikongsikan semula ke Twitter itu sudah mendapat sekitar 25,000 jumlah retweet. Lucunya, Suk-jin turut menggunakan sejenis filter yang membuatkan mulutnya kelihatan besar sebelum bersungguh-sungguh miming lagu berkenaan.

https://twitter.com/SBSRunningManKR/status/1219928473537372165

Pandai pula dia miming lagu Melayu

Meskipun hanya sekejap, namun gaya sebutannya seolah-olah sangat tepat dengan lirik lagu berkenaan. Kebanyakan netizen di ruangan komen nampaknya sangat terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan Suk-jin dalam video viral tersebut.

[VIDEO] Bersungguh Miming Lagu Melayu, Ramai Berdekah Bila Suk-jin Main TikTok [VIDEO] Bersungguh Miming Lagu Melayu, Ramai Berdekah Bila Suk-jin Main TikTok [VIDEO] Bersungguh Miming Lagu Melayu, Ramai Berdekah Bila Suk-jin Main TikTok

Sumber : Twitter Running Man, MOMO Best Girl, dramoron

Tags: big noseJi Suk-jinlagu melayumimingrunning mantiktok
Next Post
[VIDEO] Bersungguh Miming Lagu Melayu, Ramai Berdekah Bila Suk-jin Main TikTok

Baru Teruja Lulus Audition, Tapi Gadis Luluh Dapat Panggilan Ibunya Telah Tiada

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)