Cinta & Perhubungan Hiburan Viral

Baru Teruja Lulus Audition, Tapi Gadis Luluh Dapat Panggilan Ibunya Telah Tiada

Baru Teruja Lulus Audition, Tapi Gadis Luluh Dapat Panggilan Ibunya Telah Tiada

Sharing is caring!

Beberapa hari lepas, seorang gadis yang dikenali sebagai Siti Nur Jannah telah mencuba nasib untuk bergelar penyanyi dalam ujibakat program realiti Liga Dangdut Indonesia 2020. Meskipun usianya baru masuk 14 tahun, dia nekad untuk menyara kos perubatan ibunya yang diuji masalah kesihatan apabila disoal oleh para juri mengenai tujuan memasuki pertandingan bakat tersebut.

BACA: Bayi Sekelip Mata Hilang Kasih Ibu, Wanita Diragut Sah Hembus Nafas Terakhir

Suara & semangat yang mantap…layak mara ke pusingan seterusnya

Menerusi klip rakaman yang dikongsi oleh stesen TV Indosiar, Jannah sememangnya memiliki pakej suara lunak dan berjaya meyakinkan para juri untuk mara ke pusingan selanjutnya. Malah pihak produksi turut bermurah hati untuk membenarkan Jannat buat satu panggilan khas agar dapat berkongsi tentang kejayaan tersebut kepada ahli keluarganya.

Baru Teruja Lulus Audition, Tapi Gadis Luluh Dapat Panggilan Ibunya Telah Tiada

Keluarga sayang Mama…tapi mungkin Allah lebih sayangkannya

Namun begitu, riak wajah gadis dari wilayah Papua Barat itu terus bertukar semasa berbual dengan bapa saudaranya. Pada awalnya, ibu Jannah dimaklumkan telah dimasukkan ke pusat perubatan sebelum dibawa kembali ke rumah mereka. Dalam nada yang sangat hiba, lelaki tersebut akhirnya mendedahkan bahawa wanita tersebut sudah pun menghembuskan nafas terakhir dipercayai beberapa minit sebelum ujibakat itu bermula.

Moga Jannah kuat…orang lain boleh pengsan dapat news macam tu

Tambah pak ciknya lagi, ibu Jannah turut sempat menitipkan pesan akhir supaya gadis itu tidak sesekali melupakan keluarganya. Kejadian yang tak disangka-sangka itu ternyata telah mendapat perhatian dan tular di seluruh rantau Asia Tenggara. Selain menitipkan doa semangat buat Jannah atas kehilangan tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa pilu seandainya mereka juga mendapat perkhabaran sama seperti ini.

Baru Teruja Lulus Audition, Tapi Gadis Luluh Dapat Panggilan Ibunya Telah Tiada

Baru Teruja Lulus Audition, Tapi Gadis Luluh Dapat Panggilan Ibunya Telah Tiada

Baru Teruja Lulus Audition, Tapi Gadis Luluh Dapat Panggilan Ibunya Telah Tiada

Baru Teruja Lulus Audition, Tapi Gadis Luluh Dapat Panggilan Ibunya Telah Tiada

Sumber: YouTube Indosiar & Twitter RealAzimK

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Baru Teruja Lulus Audition, Tapi Gadis Luluh Dapat Panggilan Ibunya Telah Tiada

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram