Cinta & Perhubungan

[VIDEO] Berkat Terima Jodoh Pilihan Keluarga, Kini Bahagia Cinta Selepas Nikah

[VIDEO] Berkat Terima Jodoh Pilihan Keluarga, Kini Bahagia Cinta Selepas Nikah
Rasaflix

Sharing is caring!

Berbeza dengan zaman dulu, perkahwinan hasil pilihan keluarga bukanlah sesuatu yang sering kita dengar. Hal ini kerana rata-rata masyarakat masa kini lebih selesa bercinta dengan pilihan hati masing-masing serta mahu cari keserasian terlebih dahulu sebelum ambil keputusan untuk jadikan sebagai teman sehidup semati. Namun wanita yang dikenali sebagai Nur Najwa Hamali ini yakin terhadap soal pemilihan calon suami yang dirasakan lebih baik daripada orang tuanya.

BACA : Mula-Mula Teman Pergi Kursus Kahwin Je, Wanita Tak Sangka Berjodoh Dengan Kawan

Abah tunjuk gambar kata nak kenalkan pertama kali jumpa…4 bulan kemudian terus berkahwin

Menerusi perkongsian di TikTok, kali pertama wanita ini melihat rupa paras calon suaminya melalui gambar yang ditunjukkan oleh si bapa sekitar November 2017. Selang 2 bulan kemudian, kedua-dua pihak telah sepakat untuk mengikat tali pertunangan. Pada bulan Mac 2018 pula, Najwa akhirnya telah selamat disatukan dengan lelaki pilihan keluarganya. Malah pertemuan tersebut juga merupakan pertemuan kali kedua bersama bakal suaminya. Berkat restu ibu dan bapa, kini mereka berdua bahagia menjalin cinta selepas bernikah.


@nurnajwahamali

#relationshipgoals #foryoupage #tiktokmalaysia #transition #howmuchhaveyouchangedchallenge #tiktokchallenge #youngcreators

♬ Glow Up – IZΛ

Wah seronoknya cinta lepas nikah, semoga hubungan kekal bahagian hingga ke Jannah…

Selain meraih lebih 40 ribu jumlah tontonan, rata-rata netizen telah membanjiri ruangan komen video berkenaan dengan ucapan tahniah dan inginkan kisah cinta seperti wanita ini juga. Dalam pada itu, ada yang turut berkongsi kebaikan bercinta selepas kahwin serta pengalaman kenal dengan partner masing-masing.

[VIDEO] Berkat Terima Jodoh Pilihan Keluarga, Kini Bahagia Cinta Selepas Nikah

[VIDEO] Berkat Terima Jodoh Pilihan Keluarga, Kini Bahagia Cinta Selepas Nikah

[VIDEO] Berkat Terima Jodoh Pilihan Keluarga, Kini Bahagia Cinta Selepas Nikah

Sumber : Tiktok Nur Najwa Hamali

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura


Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.


[VIDEO] Berkat Terima Jodoh Pilihan Keluarga, Kini Bahagia Cinta Selepas Nikah

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes