Artis Viral

[VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis

[VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis

Sharing is caring!

Lain anak, lain ragamnya. Namun buat anak istimewa khususnya yang mengalami masalah autisme, cabaran ibu bapa dalam membesarkan mereka sememangnya sungguh luar biasa. Mengambil kisah inspirasi Zarina Zainuddin dalam membesarkan 2 anaknya yang autisme, kita sendiri tidak dapat membayangkan andai diri berada di situasi berkenaan. Menjaga seorang sahaja sudah cukup menguji kesabaran, apalagi sekiranya ada sepasang kembar yang perlu dipantau.

BACA : Permintaan Tak Dipenuhi, Zarina Menangis Dihentak Anak Autisme Naik Angin

Berguling halang Azil cederakan diri sendiri

Meskipun aktres ini sering berlakon sebagai pemegang watak-watak antagonis yang mengundang kemarahan kita, namun kehidupan sebenarnya dipenuhi dengan air mata. Tatkala sudah mampu membiarkan anaknya Azal menjalani kehidupan seperti biasa, Azil pula masih perlu dipantau memandangkan tahap autismenya agak agresif. Bahkan video yang dikongsikan ke Instagram Zarina baru-baru ini meruntun jiwa netizen.

View this post on Instagram

Video kedua ni saya ambil lewat setelah saya berguling dengan dia demi menghalang azil dari pukul dirinya sampai berdarah akhirnya saya tewas kuat betul tenaga dia di banding kan dengan saya Kami berdua saja dirumah pagi ni saya siapkan sarapan setelah balik dari kedai membeli surat khabarnya Saya nak bagi dia makan dia campak dalam sink … autism ni luas takkan sama anak awak dengan anak saya azal pun lain azil lain .. azal pagi pagi setelah hantar azil pergi beli surat khabar dia minta izin nak pegi gym .. saya benarkan biar dia berdikari .. kesian dia hari2 stress bila azil ngamok dia pun ngamok pukul2 muka dia jugak .. Buat ibu ibu yang ada anak syurga bawak banyak bersabar akan ada nikmat kesabaran bila direnungkan balik anak2 ini sedang mengajar kita sebenarnya .. Syurga itu Indah ❤️

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Menangis kemudian bangkit semula

Menurut penceritaan Zarina, anak bujangnya itu mengalami tantrum teruk sehingga bertindak untuk menyakitkan diri sendiri. Meskipun sudah berusaha menghalang, kekuatan wanita Zarina masih tidak cukup. Lebih menyedihkan apabila dia merakam video tersebut dalam keadaan menangis teresak-esak. Namun tidak lama kemudian, keadaan kembali tenang dan dia mula mengukir semula senyuman seolah-olah tiada apa yang berlaku. Menangis dan bangkit semula, itulah 2 perkara yang akan terlintas di kepala saat kita menyaksikan kecekalan hati Zarina Zainuddin.

View this post on Instagram

❤️

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Akak ibu yang kuat…Nnti Allah berikan syurga

Turut menyaksikan detik duka itu, netizen juga sempat meluahkan simpati kepada penjual pulut terkenal itu. Selain itu, mereka sempat juga memberikan kata-kata semangat agar pelakon drama ‘Camelia’ berkenaan terus kuat menjaga anak-anak syurganya.

[VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis [VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis [VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis

[VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis

Sumber : Instagram Zarina Zainuddin

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram