Artis Cinta & Perhubungan Inspirasi Keibubapaan

Berat Hati Nak Lepaskan Puteri Sulung, Ibu Zahirah Macwilson Titip Ucapan Sayu

Berat Hati Nak Lepaskan Puteri Sulung, Ibu Zahirah Macwilson Titip Ucapan Sayu

Sharing is caring!

Tanggal 20.2.2020 merupakan tarikh bersejarah buat pelakon cantik Zahirah Macwilson apabila sah bergelar isteri kepada Aiman Hakim Ridza dengan sekali lafaz sahaja. Daripada babak video pra-perkahwinan yang bertempat di Australia hinggalah kek tergantung berbentuk lampu chandelier mewah, celebrity couple ini malah diangkat sebagai ‘wedding of the year‘. Namun apa yang lebih indah lagi, kedua-dua ibu bapa aktres tersebut turut memberikan restu walaupun sudah lebih 20 tahun tidak tinggal sebumbung.

BACA: [VIDEO] Ramai Terkejut Kek Kahwin Zahirah & Aiman Terbalik, Bukan Biasa-Biasa

Berat Hati Nak Lepaskan Puteri Sulung, Ibu Zahirah Macwilson Titip Ucapan Sayu
Kredit foto: Project 2pi

Hati sangat berat nak lepaskan puteri sulung..

Menerusi posting di laman Instagram miliknya ibunya pula, wanita berusia 44 tahun itu turut tumpang gembira atas detik istimewa berkenaan. Walaupun sukar untuk melepaskan Zahirah melayari bahtera rumah tangga, namun Maslinda Yusoff akhirnya boleh menarik nafas lega apabila anak sulungnya kini berada dalam jagaan Aiman yang disifatkan sebagai lelaki bertanggungjawab.

Berat Hati Nak Lepaskan Puteri Sulung, Ibu Zahirah Macwilson Titip Ucapan Sayu
Kredit foto: Project 2pi

Alhamdulillah mereka selamat diijab kabulkan oleh saya sendiri

Terdahulu, bapa kandungnya iaitu Zainol Macwilson juga menzahirkan rasa gembira kerana dapat menjadi wali untuk menyatukan kedua-dua pelakon drama ‘Curi-Curi Cinta’ berkenaan. Malah dia turut memohon doa orang ramai supaya perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke Jannah.

Berat Hati Nak Lepaskan Puteri Sulung, Ibu Zahirah Macwilson Titip Ucapan Sayu
Kredit foto: Project 2pi

Zahirah tak salah pilih suami…aunty tak salah pilih menantu

Seolah-olah memahami perasaan Maslinda ketika itu, rata-rata pengikutnya juga meluahkan rasa sebak di ruangan komen posting berikut. Di samping menyatakan bahawa dia sudah menjadi ibu yang cukup hebat sepanjang membesarkan aktres berkenaan, netizen turut meyakinkannya bahawa Aiman Hakim merupakan individu paling tepat untuk membimbing anaknya.

Berat Hati Nak Lepaskan Puteri Sulung, Ibu Zahirah Macwilson Titip Ucapan Sayu

Berat Hati Nak Lepaskan Puteri Sulung, Ibu Zahirah Macwilson Titip Ucapan Sayu

Berat Hati Nak Lepaskan Puteri Sulung, Ibu Zahirah Macwilson Titip Ucapan Sayu

Berat Hati Nak Lepaskan Puteri Sulung, Ibu Zahirah Macwilson Titip Ucapan Sayu

Sumber: IG maslindayusoff_ & zainolmacwilson

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Berat Hati Nak Lepaskan Puteri Sulung, Ibu Zahirah Macwilson Titip Ucapan Sayu

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram