Permintaan Tak Dipenuhi, Zarina Menangis Dihentak Anak Autisme Naik Angin

Seperti yang diketahui ramai, selebriti Zarina Zainuddin juga adalah seorang ibu kepada sepasang kembar autistik yang diberi nama Azal dan Azil. Meskipun sering dikritik ramai pihak setiap kali berkongsi gelagat mereka berdua, namun Zarina menafikan niatnya itu cuma sekadar mengundang simpati daripada mana-mana pihak. Sebaliknya, dia menganggap Instagram adalah saluran sesuai untuknya berkongsi pengalamannya mengendalikan zuriat autisme.

BACA: Budak Autisme Tengah Menangis, Cara Rakan Down Sindromenya Pujuk Undang Sebak

Advertisement

Azil naik angin lagi…terpaksa hentikan kereta tunggu dia cool down

Baru-baru ini, pelakon drama ’30 Pesanan Suara’ tersebut ada memuat naik beberapa siri video Azil yang tiba-tiba bersikap agresif semasa dua beranak ini dalam perjalanan balik ke rumah kediaman. Menurut Zarina, Azil bersikap sedemikian gara-gara dilarang membeli terlalu banyak naskah surat khabar sekali gus memaksanya memberhentikan kereta terlebih dahulu sementara tunggu dia tenang semula.

Advertisement

Masa ada duit boleh la beli…ibu takde nanti nak beli macam mana?

Sepanjang rakaman itu, Azil dilihat menghentak muka dan menggigit tangan sendiri beberapa kali sebagai tanda protes terhadap ibunya. Bagaimanapun, permintaan remaja autisme itu tetap disekat Zarina memandangkan setiap surat khabar tersebut akan dibuang jua akhirnya. Aktres berusia 50 tahun itu turut sebak apabila mengenangkan nasib anaknya itu jika terjadi apa-apa kepada dirinya.

Kasihan & takut tengok…moga Zarina terus tabah

Rata-rata pengikut Zarina Zainuddin turut bersedih melihat suaranya teresak-esak tatkala tabah menguruskan keadaan Azil yang sedang baran. Selain itu, mereka juga kagum melihat kesabaran dan kesungguhan selebriti tersebut menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada anak kembar autisme.

Advertisement

Advertisement

Sumber: IG zarinazainuddin_

Advertisement
Advertisement