Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

[VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis

27th February 2020
in Artis, Viral
[VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Lain anak, lain ragamnya. Namun buat anak istimewa khususnya yang mengalami masalah autisme, cabaran ibu bapa dalam membesarkan mereka sememangnya sungguh luar biasa. Mengambil kisah inspirasi Zarina Zainuddin dalam membesarkan 2 anaknya yang autisme, kita sendiri tidak dapat membayangkan andai diri berada di situasi berkenaan. Menjaga seorang sahaja sudah cukup menguji kesabaran, apalagi sekiranya ada sepasang kembar yang perlu dipantau.

BACA : Permintaan Tak Dipenuhi, Zarina Menangis Dihentak Anak Autisme Naik Angin

Berguling halang Azil cederakan diri sendiri

Meskipun aktres ini sering berlakon sebagai pemegang watak-watak antagonis yang mengundang kemarahan kita, namun kehidupan sebenarnya dipenuhi dengan air mata. Tatkala sudah mampu membiarkan anaknya Azal menjalani kehidupan seperti biasa, Azil pula masih perlu dipantau memandangkan tahap autismenya agak agresif. Bahkan video yang dikongsikan ke Instagram Zarina baru-baru ini meruntun jiwa netizen.

View this post on Instagram

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

View this post on Instagram

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Menangis kemudian bangkit semula

Menurut penceritaan Zarina, anak bujangnya itu mengalami tantrum teruk sehingga bertindak untuk menyakitkan diri sendiri. Meskipun sudah berusaha menghalang, kekuatan wanita Zarina masih tidak cukup. Lebih menyedihkan apabila dia merakam video tersebut dalam keadaan menangis teresak-esak. Namun tidak lama kemudian, keadaan kembali tenang dan dia mula mengukir semula senyuman seolah-olah tiada apa yang berlaku. Menangis dan bangkit semula, itulah 2 perkara yang akan terlintas di kepala saat kita menyaksikan kecekalan hati Zarina Zainuddin.

View this post on Instagram

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Akak ibu yang kuat…Nnti Allah berikan syurga

Turut menyaksikan detik duka itu, netizen juga sempat meluahkan simpati kepada penjual pulut terkenal itu. Selain itu, mereka sempat juga memberikan kata-kata semangat agar pelakon drama ‘Camelia’ berkenaan terus kuat menjaga anak-anak syurganya.

[VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis [VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis [VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis

[VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis

Sumber : Instagram Zarina Zainuddin

Tags: autismeazalazilcederagulingmenangiszarina zainuddin
Next Post
[VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis

Berat Hati Nak Lepaskan Puteri Sulung, Ibu Zahirah Macwilson Titip Ucapan Sayu

Blouse Muslimah Cantik & Stylish untuk Wanita Moden
Smartphone Terbaik dengan Bateri Tahan Lama & Cas Pantas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)