Hiburan Viral

[VIDEO] Berebut Ucap ‘I Love You’, Isteri DS Eizlan Dikatakan Macam Ayda Jebat

[VIDEO] Berebut Ucap ‘I Love You’, Isteri DS Eizlan Dikatakan Macam Ayda Jebat
Rasaflix

Sharing is caring!

Jarak umur 19 tahun bukanlah penghalang buat aktor terkenal iaitu Datuk Eizlan Yusof untuk mendirikan bahligai baru dengan wanita anggun bernama Natasha Rosa Boudville. Berlangsung di sebuah lokasi bertempat di Putrajaya, mempelai berkenaan sah bergelar suami isteri sekitar jam 3.28 petang semalam. Sebelum ini, DS Eizlan pernah berkongsikan beberapa keping foto pre-wedding dengan wanita tersebut. Namun begitu, netizen terus ditinggalkan dengan persoalan kerana wajahnya tidak didedahkan kepada umum.

BACA : Beria Ajak Kahwin Rupanya Ada Perempuan Lain, Siap Confuse Nak Pilih Mana Satu

[VIDEO] Berebut Ucap ‘I Love You’, Isteri DS Eizlan Dikatakan Macam Ayda Jebat
Kredit Foto : Project 2 Pi

Awalnya tak nak kahwin tapi sunyi itu hadir

Dengan berlangsungnya majlis akad nikah berkenaan, akhirnya wajah sebenar wanita berusia 29 tahun itu ditayangkan sekali gus meleraikan tanda tanya ramai. Menerusi perbualan bersama dengan portal mStar, beliau mengakui tidak merancang untuk berkahwin lagi selepas bergelar duda sekitar 4 tahun. Namun siapalah dapat menduga, kehadiran Natasha seakan-akan mengubah pendiriannya sebelum ini. Tambah aktor berusia 48 tahun ini lagi, wanita pilihannya itu mempunyai peribadi yang baik di samping selesa bergaul dengan anak-anaknya.

[VIDEO] Berebut Ucap ‘I Love You’, Isteri DS Eizlan Dikatakan Macam Ayda Jebat
Kredit Foto : Project 2 Pi

[VIDEO] Berebut Ucap ‘I Love You’, Isteri DS Eizlan Dikatakan Macam Ayda Jebat

DS Eizlan Yusof berebut ucap ‘I Love You

Bakal dilangsungkan selama 4 hari berturut-turut, difahamkan hari bahagia tersebut menelan perbelanjaan sekitar RM1 juta. Meskipun tidak tahu menahu tentang kos berkenaan, beliau sangat gembira kerana rakan-rakannya sudi memeriahkan majlis itu. Tidak ketinggalan, keletah mereka berdua ketika berebut mengucapkan kata sayang kepada satu sama lain juga menarik perhatian netizen. 


Ada iras Ayda Jebat…Alahai comelnya

Bukan sahaja merasa sweet dan mengucapkan tahniah atas penyatuan tersebut, malahan ada pula yang menyifatkan wajah Natasha agak mirip dengan Ayda Jebat. Mungkin juga mimik wajahnya serta kulit yang cerah semakin menambahkan persamaan antara dua wanita ini.

[VIDEO] Berebut Ucap ‘I Love You’, Isteri DS Eizlan Dikatakan Macam Ayda Jebat [VIDEO] Berebut Ucap ‘I Love You’, Isteri DS Eizlan Dikatakan Macam Ayda Jebat

[VIDEO] Berebut Ucap ‘I Love You’, Isteri DS Eizlan Dikatakan Macam Ayda Jebat

 

Sumber : Instagram mStar, Facebook mStar, Portal mStar

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Berebut Ucap ‘I Love You’, Isteri DS Eizlan Dikatakan Macam Ayda Jebat

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram