Istilah ‘perigi mencari timba’ bukan lagi perkara pelik untuk zaman sekarang. Jika dahulu majoriti wanita akan menunggu kehadiran lelaki dalam hidup mereka, namun situasi tersebut kian berubah menjadi terbalik. Rata-ratanya sudah memberanikan diri untuk ‘mengurat’ lelaki yang menjadi pujaan hati mereka tanpa menghiraukan rasa segan lagi. Orang tua pun selalu kata, kalau segan nanti melepas pula kan? Mungkin itulah kata-kata yang sesuai menggambarkan keberanian seorang gadis viral ini.
BACA :Â Kalau Dapat Lelaki Baik Hati Yang Mencintai Kita Seadanya, Terima Sajalah
Ajak dating menerusi surat pendek
Sebenarnya, rakamn berdurasi 21 saat tersebut telah dikongsikan semula oleh Facebook Nur Qaseh sehingga meraih beratus ribu tontonan. Dalam video TikTok itu, seorang gadis yang sedang bersantai di sebuah kedai minuman telah memberikan sepucuk surat untuk mengajak ‘Abang Waiter’ keluar bertemu janji. Bagi yang tidak tahu, ia merupakan trend ‘usya’ yang sedang hangat dilakukan oleh anak muda sejak kebelakangan ini.
Maaf…Saya dah ada anak 2 orang di rumah
Meskipun senyuman manis yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan seolah-olah memberikan sinar harapan, namun pengakhirannya tidak seperti yang difikirkan gadis tersebut. Kembali membalas helaian kertas itu, pelayan ini menolak dengan baik selain mendedahkan statusnya yang bergelar suami orang. Lebih lucu lagi, dia menjelaskan sudah mempunyai 2 orang cahaya mata. Membaca respon yang diberikan, perempuan bertudung peach berkenaan nampak ‘terciduk’ dan hanya mampu bergelak ketawa.
Suami siapa ni? Bagusnya…Harap terus jujur
Tidak pasti sama ada ia dirancang mahupun tidak, ternyata rakaman pendek dari Indonesia ini sungguh menghiburkan ramai. Tambah netizen lagi, mereka menyifatkan ‘Abang Waiter‘ sebagai lelaki yang baik kerana tidak mudah tergoda dengan wanita lain.
Sumber : Facebook Nur Qaseh