Utama Hiburan "Baru Perasan La.."- Siti Hawa Dedah Sejarah Sewaktu Bersama Mat Luthfi

[VIDEO] “Baru Perasan La..”- Siti Hawa Dedah Sejarah Sewaktu Bersama Mat Luthfi

Beberapa tahun dahulu, mungkin tiada siapa pun yang mengenali gadis manis yang berasal dari negeri utara ini. Namun hasil perkenalannya dengan YouTuber terkenal Malaysia iaitu Mat Luthfi, Siti Awe atau nama penuhnya Siti Hawa Mohd Nor sudah menjadi antara social media influencer yang terkenal buat masa kini. Selain terkenal dengan beberapa perkongsian menarik tentang ilmu perubatan selaku seorang ahli farmasi, dia juga mahu menyumbang kepada masyarakat menerusi platform media sosial.

BACA: “Senang Solat On Time..” –  Gadis Jepun Ini Pilih Menetap Di Malaysia Demi IsIam




Sebelum melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Faiz pada hujung minggu yang lalu, Siti Awe sebenarnya telah mempunyai akaun YouTube rasmi sendiri untuk dikongsikan bersama orang ramai tentang setiap perkongsiannya selepas ini.

Terbaru, dia ada menerangkan tentang sejarah bersama YouTuber yang sangat lucu itu, yang mana sebenarnya telah bermula sejak mereka melanjutkan pelajaran di universiti yang sama di Perth, Australia hampir 10 tahun yang lalu! Dia juga pernah membuat penampilan dalam 2 buah video pendek Mat Luthfi, sebelum ditampilkan sebagai individu dalam syarikat produksi Mat Luthfi iaitu ML Studios.

Sejarah Siti Awe dengan Mat Luthfi & ML Studios




Agak mengejutkan apabila ramai sebenarnya yang tidak perasan dengan penampilan gadis berusia 28 tahun ini dalam kedua-dua video Mat Luthfi yang sudah ditayangkan bertahun-tahun dahulu. Perkara itu hanya disedari oleh para netizen menerusi pendedahan yang dibuat daripada video ini.

Kali pertama – 2014




Kali kedua – 2017

Patut la macam pernah nampak muka…masa mula2 ML Studio start




La Siti Awe ke dalam short film tu…baru perasan




Dulu zaman belajar member2 semua dok crush dengan hang

Selain itu, ada juga yang mengucapkan tahniah atas rumahtangga yang baru dibina seminggu lepas dan perasan dengan keadaan mukanya selepas kahwin.




Buatlah video pasal perkahwinan akak…nak tengok

Lepas kahwin ni banyak pulak jerawat…tahniah kak




Sumber: YouTube Siti Awe




Artikel Popular