Bencana alam seperti banjir bukan sesuatu yang asing di negara ini terutama pada akhir tahun. Oleh kerana paras air yang naik secara mendadak, banyak rumah telah dimasuki air banjir sekali gus mengundang kerosakan tertentu. Dalam pada itu, antara turut terjejas akibat bencana itu adalah rumah sepasang pengantin ini.
BACA : [VIDEO] Sebak, Pengantin Terpaksa Berpisah Jauh Cuma Lepas Sehari Akad Nikah
Tak tahula nak nangis ke gelak…masa hari pernikahan aku la nak banjir pun
Pengguna Tiktok @Cikknadds berkongsi sebuah video yang memaparkan keadaan rumah yang dimasuki air banjir. Dapat dilihat seorang lelaki berbusana nikah berwarna putih sedang mengaut air dengan sebatang penyodok sambil dibantu oleh wanita kesayangannya. Difahamkan, kejadian banjir ini berlaku ketika hari pernikahan mereka berdua. Dalam rakaman ini juga, wanita berkenaan sempat ketawa saat menolak air yang memenuhi kawasan rumah itu.
https://www.tiktok.com/@nad114/video/6902996924060781826?_d=secCgsIARCbDRgBIAMoARI%2BCjz2vzixvZ%2BjRHpbmNWKHnDisxECAj0kdGjApYIaokaRBPPHi5VnWY1M5U9F8FS6bC5CveTokgVDdcjwGL4aAA%3D%3D&language=en&mid=6891561122911013634&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAATiANUHGbepRTZoQ4E9LGBmCqUWTL6srL7LT_56lgpmIDMd-FLs0zeJQ7eOGxIEdP&share_item_id=6902996924060781826&share_link_id=2D89C58F-4075-41C5-AA09-6F43A703B440×tamp=1607302749&tt_from=copy&u_code=dbm0878eg65k9g&user_id=6814510375414432769&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&source=h5_t
Takpe kira sweet la tu sebab kenangan ni jarang orang ada…moga bahagia hingga Jannah
Meraih lebih 400 ribu tontonan di aplikasi Tiktok, rata-rata netizen memenuhi ruangan komen dengan ucapan tahniah kepada mempelai. Ada juga yang mengatakan bahawa situasi seperti ini akan menjadi kenangan buat mereka kerana ia jarang terjadi pada orang lain. Di samping itu, mereka turut berkongsi pengalaman saat menjadi pengantin musim banjir dan terpaksa membersihkan rumah sama seperti yang dilalui oleh suami isteri ini.
Sumber : Tiktok @Cikknadds