Viral

[VIDEO] Ayah Geram Tengok Duit Bunga ‘Gergasi’, Tak Tahan Nak Petik Sekuntum

[VIDEO] Ayah Geram Tengok Duit Bunga ‘Gergasi’, Tak Tahan Nak Petik Sekuntum
Rasaflix

Sharing is caring!

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa foto seorang lelaki yang telah menerima bouquet duit ‘gergasi’ daripada isterinya. Hadiah istimewa itu telah diberikan sewaktu sambutan ulang tahun kelahirannya di sebuah restoran bersama ahli keluarga lain. Bukan sahaja nampak eksklusif, malah menariknya ia turut dipenuhi dengan not yang bernilai RM100 sehingga menjadi perhatian dalam kalangan warganet.


BACA: Resign Kerja Demi Isteri, Lelaki Terkejut Dapat Bunga Duit Purple ‘Gergasi’

@attyrasaari

Alhamdulillah berjaya suprisekan suami 🥰 jarang2 skali, tarikh yg penting apa slh hargai diakan, selama ni pun dh byk dia korbankan utk ank isteri 💕

♬ surat cinta untuk starla – teh jessie

Geram tengok duit depan mata, ayah selamba cabut sekuntum…mampu ketawa je tengok gelagat dia

Tak cukup foto tular itu, Attyra Saari telah sempat merakam gelagat ayahnya pula yang sedang ralit membelek jambangan bunga duit milik suaminya. Sambil membebel kononnya berasa geram melihat bouquet itu, dia akhirnya berjaya mencabut sekuntum bunga not RM100. Walaupun gagal menahan tindakan itu, tetapi ia ternyata membuatkan wanita itu ketawa terbahak-bahak

@attyrasaari

Sekuntum pun sekuntumlah, janji rembat dulu bawak lari hadiah menantu dia 🤣 sape xgeram tgk duit dpn mata 🤣 aboh oh aboh menantu dok rasmi lagi 🤣

♬ original sound – Attyra Saari – Attyra Saari

Kalau suami pun dapat special macam tu, inikan pula ayah sendiri…teruja tengok bunga ungu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui terhibur melihat gelagat pak cik berbaju pink itu yang sengaja mengusik anaknya sampai riuh-rendah di rumah dibuatnya. Selain mendoakan kebahagiaan keluarga itu, mereka juga percaya bapa Attyra boleh mendapat hadiah yang lebih special daripada usahawan tersebut. Secara keseluruhan, paparan tular tersebut telah berjaya meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini.


[VIDEO] Ayah Geram Tengok Duit Bunga ‘Gergasi’, Tak Tahan Nak Petik Sekuntum

[VIDEO] Ayah Geram Tengok Duit Bunga ‘Gergasi’, Tak Tahan Nak Petik Sekuntum

[VIDEO] Ayah Geram Tengok Duit Bunga ‘Gergasi’, Tak Tahan Nak Petik Sekuntum

Sumber: TikTok attyrasaari

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Ayah Geram Tengok Duit Bunga ‘Gergasi’, Tak Tahan Nak Petik Sekuntum

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram