Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Hiburan

[VIDEO] “Atok Nak Pesan..”-Episod 10 Penuh Duka, Watak Fauzi Nawawi Bikin Sebak

12th November 2019
in Hiburan
[VIDEO] “Atok Nak Pesan..”-Episod 10 Penuh Duka, Watak Fauzi Nawawi Bikin Sebak
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Sudah ditayangkan sebanyak 10 episod termasuk semalam, drama berjudul ‘Cemburu Seorang Perempuan’ terus-terusan memberi kesan mendalam kepada penonton. Nampaknya, hasil gandingan mantap daripada Amyra Rosli (Dhia), Amar Baharin (Zikri), Emma Maembong (Emilia), Fauzi Nawawi (Sufian) serta Lisdawati (Puan Lea) membuatkan plot drama ini berjalan dengan penuh emosi setiap kali tayangannya. Hakikat bahawa ada suami isteri sebenar yang berlakon dalam drama ini pastinya mempengaruhi penonton.

BACA : [VIDEO] Scene Bengkak Susu Paling Lucu, Gandingan Amar-Amyra Dipuji Penonton

Apa yang Zikir dah cuba buat dengan anak Abah?

Setelah sekian lama Dhia menyimpan segala duka sendirian, ayahnya iaitu Sufian nampaknya begitu terkejut tatkala membaca kandungan diari anaknya itu. Awalnya, dia menganggap rumah tangga Dhia dan Zikri bertaut atas nama cinta. Namun rupanya, itu cumalah agenda Emilia yang ‘meminjam’ rahim Dhia untuk menghamilkan anaknya. Sebagai bapa, Sufian begitu kecewa kerana dia telah menyerahkan puteri kesayangannya itu kepada lelaki yang salah. 

View this post on Instagram

Abah kena kuat. Abah jangan marah marah. CEMBURU SEORANG PEREMPUAN Mulai 29 Oktober 2019 Setiap Isnin-Jumaat 7 malam Hanya di Astro Ria dan RiaHD Adaptasi novel Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hasniza Diarahkan oleh @eyrahman22 Dibintangi oleh @emma_maembongofficial @aamyrarosli @amarbaharin @dinischatzmann @belladowanna_halim @lisdawati15 @fauzinawawi_new @sabrina_ali_dad_khan @amirnafis @nazrief_nazri #cemburuseorangperempuan #DramaVaganza

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on Nov 10, 2019 at 10:50pm PST

I jadi macam ni pun sebab you…Tapi you tak pernah nampak

Meskipun watak antagonis Emilia sering membuat ramai geram dek kerana sudah membuat hidup Dhia menderita, namun sebenarnya wanita itu juga menyimpan pelbagai duka gara-gara termakan hasutan kakaknya, Nat (Sabrina Ali). Zikri pula bertambah pusing kepala apabila isteri pertamanya itu mendesak agar dia berpisah dengan madunya.

View this post on Instagram

apa perasaan korang tgok cerita ni? stress? sakit hati? happy? 😅😆 so dah ready esok pukul 7pm for #cemburuseorangperempuan di Astro Ria dan Ria HD ? #emmamaembong #EmaNizers @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on Nov 10, 2019 at 7:17am PST

Jangan biarkan orang lain ganggu ibu

Tidak ketinggalan, babak pada waktu malam ketika Sufian masuk ke dalam bilik Dhia bagi bertemu dengan cucunya juga meruntun jiwa penonton. Bukan sahaja berpesan agar bayi tersebut menjaga si ibunya apabila besar nanti, malahan bacaan zikir munajat serta moment flashback bersama anak perempuannya dahulu seolah-olah menambah kesedihan babak berkenaan.

View this post on Instagram

Hari ni cik abg bawak pi dinner x sempat tgk drama.. so hari ni apa jadi? Tell me tell me 😊 . . #CemburuSeorangPerempuan #DramaVaganza #GlobalStation #Episod10 #Dhia🌹 . . @aamyraroslisupporters @aamyraroslisupporterssg

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on Nov 11, 2019 at 6:02am PST

Sedih sampai menitis air mata…Tak boleh bawa bincang

Setelah dikongsikan menerusi Instagram milik Amyra Rosli, babak tersebut dihujani pelbagai reaksi netizen. Selain memuji sifat kasih sayang yang ditinjolkan oleh watak Sufian, mereka berpendapat episod 10 semalam memang ‘merobek’ jiwa sehingga ramai gagal menahan air mata.

[VIDEO] “Atok Nak Pesan..”-Episod 10 Penuh Duka, Watak Fauzi Nawawi Bikin Sebak [VIDEO] “Atok Nak Pesan..”-Episod 10 Penuh Duka, Watak Fauzi Nawawi Bikin Sebak [VIDEO] “Atok Nak Pesan..”-Episod 10 Penuh Duka, Watak Fauzi Nawawi Bikin Sebak

[VIDEO] “Atok Nak Pesan..”-Episod 10 Penuh Duka, Watak Fauzi Nawawi Bikin Sebak

Sumber : Instagram Amyra Rosli dan Emma Maembong

Tags: abahAmyra Rosliatokcemburu seorang perempuandhiaEmma Maembongfauzi nawawilakonanwatakzikri

Related Posts

[VIDEO] “Atok Nak Pesan..”-Episod 10 Penuh Duka, Watak Fauzi Nawawi Bikin Sebak
Artis

“Syaitan Pun Cuti”, Ini Respons Sharnaaz Terhadap Kemelut Aaron Dan Syamsul

24th March 2023
[VIDEO] “Atok Nak Pesan..”-Episod 10 Penuh Duka, Watak Fauzi Nawawi Bikin Sebak
Hiburan

Baru Hari Pertama Sekolah, Telatah Budak Kecil Ini “Fly” Bikin Dekah

21st March 2023
[VIDEO] “Atok Nak Pesan..”-Episod 10 Penuh Duka, Watak Fauzi Nawawi Bikin Sebak
Cinta & Perhubungan

Bernikah Bersaksikan Kaabah, Netizen Luah Rasa Kagum dan Teruja

20th March 2023
[VIDEO] “Atok Nak Pesan..”-Episod 10 Penuh Duka, Watak Fauzi Nawawi Bikin Sebak
Artis

Mahir Berbahasa Isyarat, Song Ji Hyo Berjaya Menyentuh Hati Peminat

20th March 2023
[VIDEO] “Atok Nak Pesan..”-Episod 10 Penuh Duka, Watak Fauzi Nawawi Bikin Sebak
Hiburan

“Anak Jiran Selamba Panjat Kereta Depan Rumah” – Ini Reaksi Tuan Rumah

16th March 2023
Next Post
[VIDEO] “Atok Nak Pesan..”-Episod 10 Penuh Duka, Watak Fauzi Nawawi Bikin Sebak

"Sendiri Panggil, Sendiri Sahut"- Aksi Sherry Beraksi Seperti Elsa Cetus Tawa

Zihaluv - Rania

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)