Utama Viral Asyik Nangis Tak Menyabar, Bapa Ini Gigih Ajar Bayinya Cara Bancuh...

[VIDEO] Asyik Nangis Tak Menyabar, Bapa Ini Gigih Ajar Bayinya Cara Bancuh Susu

Lumrah membesarkan anak yang masih bayi memang tidak dapat dinafikan payahnya. Bukan sahaja perlu mengawal dan memberikan perhatian penuh pada pergerakan bayi, malahan keperluan mereka khususnya susu perlu disiapkan segera mengikut waktunya. Kalau tidak, habis menangis dibuatnya. Namun berbeza dengan seorang bapa ini apabila dia mempunyai cara yang begitu lucu untuk berhadapan dengan situasi berkenaan. Perkara itu dikongsikan menerusi Facebook dan sudah meraih sekitar 1.3 juta tontonan sehingga sekarang.

BACA : [VIDEO] Kembali Popular Lepas Sertai GV, Naqiu Dedah Respon Lucu Dari Anaknya

Dalam video berkenaan, bayi kecilnya terduduk dengan molek di atas katil bilik berkenaan dengan begitu tenang sekali. Si ayah pula dilihat membawa masuk air panas, botol susu beserta susu tepung dan mula menunjukkan cara membancuh susu kepada bayi comel itu menggunakan campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Sekarang, saya akan jelaskan cara nak buat susu kepada awak. Bila dah sampai waktu minum susu, awak selalu menangis nak cepat-cepat. Nak buat susu perlu masa. Faham?




Jangan cakap saya tak jelaskan pada awak ye

Daripada sukatan susu, bancuhan air panas dan juga cara goncangan bagi mengelakkan penghasilan buih, semuanya dijelaskan dengan begitu terperinci sekali oleh si ayah. Video berdurasi 3 minit lebih ini bertambah lucu apabila bayinya pula terus berdiam memandang wajah si ayah seolah-olah mengerti dengan penjelasan yang dibebelkan.

Daripada anak lapar boleh kenyang dengar bapak bebel

Sebelum diberi minum susu yang sudah siap dibancuh, sempat juga si ayah membacakan ‘bismillah’ buat anak comelnya itu. Tidak sekadar mendapat jumlah tontonan yang tinggi, netizen juga mengakui sangat terhibur dengan gelagat anak beranak ini dan sempat berkongsia langkah betul membancuh susu.

Sumber : Facebook Kecik Laugh Shariff

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI