Hiburan

[VIDEO] Kembali Popular Lepas Sertai GV, Naqiu Dedah Respon Lucu Dari Anaknya

[VIDEO] Kembali Popular Lepas Sertai GV, Naqiu Dedah Respon Lucu Dari Anaknya

Sharing is caring!

Menyaksikan persembahan yang diberikan oleh Naqiu pada konsert semalam, nampaknya cubaan menyanyikan lagu ‘Meraung’ berjaya meraih pujian daripada juri dan para penonton. Mengimbau semula komen yang diberikan oleh Datuk Ramli MS, beliau juga begitu berpuas hati dengan tahap penghayatan vokalis Boboy itu. Sedar bahawa namanya kembali menjadi fenomena selepas menyertai Gegar Vaganza, Naqiu berkongsi kisahnya menerusi temu bual bersama F8Buzz.

BACA : [VIDEO] Tuah Meraung Lagu New Boyz, Naqiu Raih Pujian Melambung Daripada Juri


Apa yang saya rancang, 80% menjadi

Di awal perkongsiannya, dia sempat meluahkan syukur dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang terus menyokong sehingga dirinya berjaya menduduki tangga pertama pada minggu ini. Sempat memberikan komen tentang cabaran membawa lagu ‘Meraung’, Naqiu mengakui dia begitu gementar memandangkan ia adalah lagu sahabat rapatnya iaitu Tomok.

[VIDEO] Kembali Popular Lepas Sertai GV, Naqiu Dedah Respon Lucu Dari Anaknya

[VIDEO] Kembali Popular Lepas Sertai GV, Naqiu Dedah Respon Lucu Dari Anaknya

Tok Ram sangat penting…Saya berlatih dengan dia

Seperti yang sudah diketahui ramai, kumpulan New Boyz dan juga Boboy boleh dikatakan sama-sama naik sekitar kemunculan mereka pada hujung 1990-an dahulu. Sebab itulah Naqiu berusaha sehabis baik untuk membawa lagu bernada tinggi itu menggunakan stail sendiri. Mungkin ramai yang menyedari tindakan beraninya meminta komen daripada Tok Ram. Dia ada juga menjelaskan mengapa dirinya bertindak sedemikian melalui temu bual ini.


[VIDEO] Kembali Popular Lepas Sertai GV, Naqiu Dedah Respon Lucu Dari Anaknya

[VIDEO] Kembali Popular Lepas Sertai GV, Naqiu Dedah Respon Lucu Dari Anaknya

Sebenarnya anak saya dah mula merasa impak…

Selain itu juga, pelantun lagu ‘Episod Cinta’ ini mendedahkan tentang respon lucu anaknya setelah bapa mereka kembali popular sekarang. Bercakap tentang isu stail rambut yang dipertikai minggu lalu, rupanya Naqiu ada juga menerima ‘ulasan’ daripada anaknya sendiri. Lebih lucu lagi, anaknya juga turut berkongsi rasa bangga dengan prestasi cemerlang bapa mereka yang semakin diterima ramai sekarang (minit 8:58).

Sumber : Youtube F8Buzz


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Kembali Popular Lepas Sertai GV, Naqiu Dedah Respon Lucu Dari Anaknya

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram