Viral

[VIDEO] Artis Korea Derma COVID-19 Berjuta, Kenapa Artis Malaysia Tak Macam Tu?

[VIDEO] Artis Korea Derma COVID-19 Berjuta, Kenapa Artis Malaysia Tak Macam Tu?

Sharing is caring!

Bantuan dari segi kewangan yang dihulurkan kepada barisan hadapan COVID-19 memang wajar dihargai. Bukan sahaja netizen biasa serta orang ternama, malahan golongan artis tidak ketinggalan memberikan sumbangan seikhlas hati dalam membendung penularan virus berkenaan. Tidak kira apa jua bentuk bantuannya, namun sesetengah pemberi sumbangan lebih selesa merahsiakan niat murni mereka.

BACA : PKP Turut Kacau Periuk Nasi Artis, Black Harap Kerajaan Sumbang Bantuan Khas

Artis Korea sumbang jutaan won untuk atasi COVID-19

Namun begitu, akhir-akhir ini wujud pertikaian daripada netizen yang mula membandingkan usaha artis Korea dan Malaysia dalam memberikan bantuan ekoran COVID-19. Menurut laporan daripada portal Soompi, selebriti terkenal Korea Selatan iaitu Yoo Jae-suk dan Kim Jong-kook telah mendermakan wang sebanyak 100 juta won kepada organisasi berwajib di sana.


[VIDEO] Artis Korea Derma COVID-19 Berjuta, Kenapa Artis Malaysia Tak Macam Tu?

Konsert batal tapi masih sumbang wang ringgit

Selain 2 orang pemain ‘Running Man’ itu, salah seorang ahli kumpulan BTS bernama Suga turut mendermakan nilai yang sama iaitu sekitar lebih RM300 000. Melalui laporan daripada Netshark, rapper berkenaan masih bermurah hati mendermakan wang sebanyak itu meskipun konsert kumpulan popular tersebut terpaksa dibatalkan beberapa bulan lalu gara-gara pandemik COVID-19.

[VIDEO] Artis Korea Derma COVID-19 Berjuta, Kenapa Artis Malaysia Tak Macam Tu?

Artis Korea derma, artis Malaysia?

Berita tentang kemurahan hati mereka bukan sahaja menyentuh hati rakyat Korea, malahan turut didengari oleh netizen di Malaysia. Tapi entah mengapa, sesetengahnya mula mempertikaikan kebanyakan artis Malaysia yang dikatakan tidak bertindak sama. Namun begitu. Dato’ Sri Siti Nurhaliza serta Neelofa ada membincangkan mengenai dakwaan berkenaan.


[VIDEO] Artis Korea Derma COVID-19 Berjuta, Kenapa Artis Malaysia Tak Macam Tu?

Kenapa suka banding benda macam ni?

Walaupun tidak menjadi perbualan di media sosial, mereka beranggapan mungkin sebenarnya ramai yang sudah pun menderma bagi membendung penularan COVID-19 di Malaysia. Namun rata-ratanya tidak menghebahkan sumbangan itu kepada umum. Tidak kira mahu didedahkan atau sebaliknya, kedua-dua keputusan terletak di tangan sendiri memandangkan mulut orang memang sukar ditutup.

 

Sumber : Instagram Lofa Videos, Portal Netshark, Soompi


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Artis Korea Derma COVID-19 Berjuta, Kenapa Artis Malaysia Tak Macam Tu?

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram