Artis Hiburan Inspirasi

[VIDEO] “Anak Tu Tak Sempat Kenal Bapa Dia” – Jihan Muse Insafi Pemergian Abam

[VIDEO] “Anak Tu Tak Sempat Kenal Bapa Dia” – Jihan Muse Insafi Pemergian Abam

Sharing is caring!

Sesungguhnya pengakhiran hidup seseorang adalah cerminan terhadap amalan yang dilakukannya. Sejak Isnin lepas, nampaknya hampir seluruh rakyat Malaysia berasa simpati dan terkesan dengan kehilangan satu lagi permata dalam industri lawak tanah air iaitu Abam Bocey. Memandangkan terdapat ramai pihak yang datang untuk menziarah dan berdoa kepadanya, Imam Muda Hassan menyifatkan pemergian Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan sebagai ‘khusnul khatimah’.

BACA: [VIDEO] Perempuan Rayu Nak Tengok Kubur Abam Jam 10 Malam, Tak Sangka Rupanya..

Belum surut ditambah lagi pilu…begitulah hingga tiba waktu sendiri

Walaupun rakan-rakan selebriti lain pantas memberikan penghormatan terakhir buat artis komedi berusia 32 tahun tersebut, namun lain pula ceritanya mengenai pelawak wanita tersohor Jihan Muse. Menerusi perkongsian di laman Instagram dan temu bual dengan wartawan baru-baru ini, dia berasa sangat ralat dengan pemergian beberapa kenalan dalam industri hiburan sejak akhir-akhir ini. Maka sebab itulah dia mengambil masa sedikit untuk menyatakan perasaan terbuku dalam lubuk hatinya.

View this post on Instagram

. Nak menulis tak tertulis Nak berkata tak terluah Mulakan saja tanpa tahu mana patut berhenti Terkejut tapi tidak mengejutkan. Terduduk tapi tidak meraung. Mungkinkah kerana sudah terbiasa. Melatih diri untuk faham tentang redha. Melatih diri untuk mengingatkan masa sendiri. Belum surut rasa yang satu ditambah lagi pilu yang satu begitulah seterusnya nanti hingga tiba waktu sendiri. Waktu yg sudah tiada rasa. Mungkin ada rasa tapi tiada siapa yg tahu rasa yg apa. Berulang lagi sakit dada perit menanti pecah ibaratnya. Allahuakbar. . Seorang lagi nakhoda pergi meninggalkan anak2 kapalnya berlayar ke pelabuhan jauh. Ke negeri yg abadi. Seorang lagi pemimpin. Lelaki. . Kita baik ramai sayang. Moga ada ruang di dalam ‘kita’. Allahummafirlahu warhamhu waafihi waafuanhu..

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

[VIDEO] “Anak Tu Tak Sempat Kenal Bapa Dia” – Jihan Muse Insafi Pemergian Abam

Mungkin ada sebab Fad jauh masa Abam dijemput Ilahi (minit 1:40)

Sejurus mendapat perkhabaran itu, Jihan mendedahkan bahawa dia sempat menghubungi Fad dan isteri yang ketika itu bercuti di Jepun. Walaupun Fad nekad untuk pulang terus ke Malaysia, namun hos Gegar Vaganza itu menasihatinya supaya jangan sampai tergamak tinggalkan anak isteri di negara orang. Tak cukup dengan itu, dia juga menyatakan bahawa mungkin ada hikmahnya Fad berada jauh ketika hari pemergian rakan baiknya tersebut.

[VIDEO] “Anak Tu Tak Sempat Kenal Bapa Dia” – Jihan Muse Insafi Pemergian Abam

Pilu anak tak sempat kenal bapanya.. (minit 3:08)

Jelas Jihan lagi, dia sangat pilu apabila mengenangkan tentang nasib anak lelaki Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey. Selain memiliki naluri sebagai seorang ibu, dia meluahkan risau terhadap bayi berusia 8 bulan tersebut memandangkan dia bakal dibesarkan tanpa kasih sayang daripada bapa kandungnya. Dalam pada itu, dia juga terharu dengan cara pemergian Allahyarham Abam yang dianggap mulia sekali gus mengambil iktibar bahawa nyawa boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Bagusnya nasihat Jihan…memang menginsafkan kita semua

Di hujung sesi temu bual berkenaan, Jihan juga sempat memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah tersinggung dalam mana-mana program bersamanya sebelum ini. Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen bersetuju dengan tanggapan diberikan oleh Jihan terhadap Abam Bocey. Selain itu, mereka juga memuji tindakannya untuk mententeramkan Fad walaupun kedua-duanya berasa sangat sedih pada masa itu.

[VIDEO] “Anak Tu Tak Sempat Kenal Bapa Dia” – Jihan Muse Insafi Pemergian Abam

[VIDEO] “Anak Tu Tak Sempat Kenal Bapa Dia” – Jihan Muse Insafi Pemergian Abam

[VIDEO] “Anak Tu Tak Sempat Kenal Bapa Dia” – Jihan Muse Insafi Pemergian Abam

[VIDEO] “Anak Tu Tak Sempat Kenal Bapa Dia” – Jihan Muse Insafi Pemergian Abam

Sumber: YouTube Budiey Channel & IG jihanmuse

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “Anak Tu Tak Sempat Kenal Bapa Dia” – Jihan Muse Insafi Pemergian Abam

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram