Uncategorised Viral

Sedih Gugur Baby Pertama, Siap Dituduh Menipu Konon Sengaja Rahsiakan Kehamilan

Kebanyakan suami isteri yang mendapat berita kehamilan pertama dalam perkahwinan sudah tentu sangat bersyukur dengan hadiah bermakna itu. Meskipun masih lagi awal dan jantina sebenar bayi juga belum diketahui, ramai sudah memikirkan nama mahupun membeli banyak barang persiapan. Namun bagi sepasang suami isteri ini, semua perkara itu hanya tinggal kenangan apabila anak mereka pergi buat selamanya akibat keguguran.

BACA : Manis Tersenyum Tanpa Mengerti Apa-Apa, Video Anak Abam Gugurkan Air Mata Ramai

Sebenarnya nak simpan benda ni sendiri tapi…

Berkongsikan kisah itu di Twitter, wanita tersebut begitu sedih dan sudah lama menyimpan kenangan duka itu tanpa mendedahkannya kepada orang luar. Namun dek merasa tertekan kerana semakin ramai yang bertanya, dia akhirnya menguatkan diri untuk menceritakan segalanya. Rupanya dia mengalami keguguran sekitar bulan September tahun lalu saat kandungannya masih berusia 2 bulan.

Advertisement

Saya minta maaf sangat-sangat. Sedihnya bila ada orang sangka saya menipu dan siap paksa mengaku padahal memang tak hamil pun. Saya alami kenaikan berat badan lepas gugur. Doktor ada nasihatkan jangan buat kerja berat. Dia suruh berehat panjang sampailah kami sedia untuk mencuba lagi. 

Advertisement

Sejak keguguran, hari-hari menangis

Bagi seorang wanita yang baru pertama kali hendak merasai pengalaman sebagai ibu, sudah tentu kehilangan tersebut sangat dirasai. Mujur sahaja sepanjang tempoh untuk bangkit daripada kesedihan berkenaan, suami serta ahli keluarga yang lain sentiasa memberikan sokongan kepada wanita ini.

Mula-mula okey je bila orang asyik tanya sebab ingatkan benda tu biasa. Tapi saya tak larat nak hadam dan tak kuat dah. Hari-hari saya menangis sejak bayi tu dah takde. Saya terus rahsiakan benda ni sebab ia urusan peribadi. Tolonglah faham, kadang-kadang ada orang yang lebih suka untuk menyimpan sendiri segala urusan pasal kehamilan ni.

Advertisement

Kita sendiri tak tahu apa dia rasa dalam hati

Meskipun suaminya sentiasa ada di sisi, namun wanita ini sedikit sebanyak tetap merisaukan perasaan teman hidupnya itu. Oleh itu, dia berharap lelaki tersebut sentiasa diberkati dan dikurniakan syurga kelak.

Advertisement

Sumber : Twitter yiyieeen

Advertisement

Advertisement

Youtube

Facebook

Telegram