‘Pemergian yang tanpa disangka-sangka.’ Itulah gambaran paling sesuai untuk merujuk kepada satu lagi kehilangan seorang lagi permata seni tanah air sekitar pagi tadi. Dipercayai akibat demam panas, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8.30 pagi tadi. Sejak itu, seluruh ahli keluarga, sahabat handai serta para peminat mengerumuni rumahnya di Gombak bagi memberikan penghormatan terakhir kepada pelawak popular berkenaan.
BACA: 4 Kali Menang Vokal Terbaik, Persembahan Hafiz Bersama Isteri Romantik Habis
“Aku datang dengan mak ni, bangunlah Abam..”
Menurut adiknya yang juga merupakan juara MLM 2019 iaitu Ali Puteh, dia menceritakan kembali detik ketika cuba mengejutkan Abam sejurus mendapat makluman daripada kakak iparnya. Pada masa itu, dia masuk melihat abangnya itu kaku terbaring di atas katil dan dia cuba mengocangkannya namun Abam tidak berikan sebarang respon. Ali sekali lagi cuba untuk menguatkan semangat, bahawa lelaki berusia 32 tahun itu boleh bangkit semula. Namun akhirnya dia dan ibu menerima hakikat bahawa Abam sudah pergi tinggalkan keluarga mereka.
Tiada lagi istilah abang dalam hidup saya..
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh portal Astro Awani lagi, Ali dengan nada yang sebak meluahkan bahawa tiada lagi abang yang bersama dengannya sama ada dalam hidup serta di industri hiburan tempatan. Dalam pada itu, dia juga mendedahkan bahawa mereka pernah merancang untuk bekerjasama dalam sebuah rancangan memasak selepas Aidil Fitri nanti. Walaubagaimanapun, hasrat itu terpaksa dibatalkan gara-gara insiden yang tak terduga pada hari ini. Terdahulu, Ali telah kehilangan puteri tercinta Ainul Mardhiah kira-kira 3 bulan sebelum pemergian Abam Bocey.
https://www.instagram.com/p/B8X3if9FfwN/
Sumber: YouTube Astro Awani, IG aliputeh89 & officialhlive