Viral

Disolatkan Ribuan Orang, PU Rahmat Bongkar Amalan Abam Yang Tak Disedari Ramai

Bertahun-tahun teguh berdiri dalam industri hiburan tanah air, kini gelagat Abam Bocey hanya tinggal kenangan buat kita semua. Jika sebelum ini dia banyak mengukir senyuman dengan lawak-lawak bersahaja, namun semalam rakyat Malaysia seolah-olah berduka selepas dia pergi buat selamanya. Lebih mengagumkan, begitu ramai orang yang menziarahi kediaman Allahyarham meskipun jasadnya masih berada di pusat kesihatan ketika itu.

BACA : [VIDEO] Perit Hati Ibu Kehilangan Anak, Johan Melutut Untuk Tenangkan Mak Abam

Kehadiran jemaah lebih daripada solat Jumaat

Tidak cukup dengan itu, netizen menjadi semakin sebak selepas melihat ribuan jemaah yang mahu memberikan perghormatan terakhir kepada Abam. Entah apalah kebaikan yang dibuat oleh Allahyarham sepanjang hidupnya, namun ungkapan ‘kita baik orang sayang’ yang sering dipegang oleh pelawak tersebut mungkin sudah cukup menggambarkan segalanya. Salah seorang individu¬† yang menghadiri solat itu sempat juga berkongsikan luahan hati di laman Facebooknya.

Advertisement

Advertisement

Dia melawan body shaming dengan berjaya

Tidak ketinggalan, PU Rahmat Ikhsan menerusi Twitter turut mencoret sebuah penulisan yang cukup membuka mata ramai. Ternyata, begitu banyak budi pekerti sepanjang hayat Allahyarham Abam yang mungkin jarang kita sedari. Salah satunya adalah sifat pemaaf dan peribadi itu dapat dilihat setiap kali fizikal Abam menjadi bahan lawak sesetengah pihak. Bukan sahaja tidak mudah melenting, malahan dia memaafkan kata-kata mengguris hati yang dilemparkan.

Advertisement

Advertisement

Dia kuat kerja untuk bantu mak

Selain itu juga, pendakwah ini juga menyentuh tentang sikap Abam yang rajin menghadiri program dakwah selain begitu memuliakan ibunya, Sabariah Arshad. Seperti  diketahui, anak-anak yang sentiasa membahagiakan ibu mereka bakal menerima balasan sebaiknya daripada Allah.

Advertisement

Sumber : Twitter PU Rahmat Ikhsan, Facebook Ustaz Salehhudin Nasir

Advertisement

Youtube

Facebook

Telegram