Artis Cinta & Perhubungan Hiburan Inspirasi

4 Kali Menang Vokal Terbaik, Persembahan Hafiz Bersama Isteri Romantik Habis

Sharing is caring!

Malam tadi, telah berlangsungnya pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) yang menyaksikan 12 buah lagu berentap dengan persembahan unik masing-masing. Seperti dijangka ramai, Naim Daniel cemerlang mengungguli pertandingan nyanyian berprestij tanah air tersebut menerusi lagu ‘berhantu’ Sumpah¬† sekali gus menyaksikan dia membawa pulang trofi utama serta wang RM50 ribu. Selain pelakon berusia 22 tahun itu, turut meraih kemenangan adalah Aman Ra (naib johan), Bob Mesra (tempat ketiga) dan Haqiem Rusli (Anugerah .

BACA: [VIDEO] Suami Isteri Buat TikTok Sweet, Netizen Pula Yang Rasa Nak Kahwin Cepat

Hafiz Suip dominasi vokal & persembahan terbaik

Di samping itu, juara Akademi Fantasia musim ke-7 iaitu Hafiz Suip ternyata mempunyai penangan dan aura tersendiri apabila menggondol dua lagi kategori anugerah utama di AJL 34. Menerusi lagu ‘Kisah Cinta Kita’ hasil karya komposer Ikhwan Fatanna & Ayden Ali serta lirik ditulis oleh Datuk A. Aida, Hafiz berjaya membawa pulang trofi bagi Vokal dan Persembahan Terbaik sekali gus wang tunai berjumlah RM 24 ribu secara keseluruhannya.

4 Kali Menang Vokal Terbaik, Persembahan Hafiz Bersama Isteri Romantik Habis

Mesra dengan isteri yang sarat mengandung

Di samping mempersembahkan penguasaan di atas pentas, Hafiz juga menyentuh hati ramai apabila mengakhiri lagu tersebut bersama isteri tercinta yang berada di tempat duduk penonton iaitu Nureffy Jasreel. Lebih mengharukan, dia turut menyelitkan klip video akad nikah selain mengucup tangan isteri yang sedang menghamilkan anak kedua mereka sambil diperhatikan oleh rata-rata penonton di Axiata Arena malam tadi. Terdahulu, Nureffy dan anak sulung mereka Muhammad Riyadh Zafri juga muncul dalam muzik video lagu tersebut.

4 Kali Menang Vokal Terbaik, Persembahan Hafiz Bersama Isteri Romantik Habis

Layan isteri bagaikan permaisuri…sweet gila moment ni

Susulan persembahan terbabit, para hos iaitu Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq Hot FM malah sempat berseloroh bahawa ini mungkin adalah rezeki ‘mak buyung’. Menerusi ruangan komen di YouTube rasmi TV3 pula, rata-rata netizen memuji persembahan dan keikhlasan yang ditampilkan oleh penyanyi kelahiran Sarawak ini terutamanya kepada isteri tercinta. Dalam pada itu, ini merupakan kali keempat dia memenangi anugerah vokal terbaik dalam pentas bertaraf tinggi tersebut.

4 Kali Menang Vokal Terbaik, Persembahan Hafiz Bersama Isteri Romantik Habis

4 Kali Menang Vokal Terbaik, Persembahan Hafiz Bersama Isteri Romantik Habis

4 Kali Menang Vokal Terbaik, Persembahan Hafiz Bersama Isteri Romantik Habis

4 Kali Menang Vokal Terbaik, Persembahan Hafiz Bersama Isteri Romantik Habis

Sumber: YouTube TV3MALAYSIA Official

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

4 Kali Menang Vokal Terbaik, Persembahan Hafiz Bersama Isteri Romantik Habis

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram