Utama Hiburan Ahli Baru Running Man Asyik Bertekak, Jihyo Pula Terkenangkan Kang Gary

[VIDEO] Ahli Baru Running Man Asyik Bertekak, Jihyo Pula Terkenangkan Kang Gary

Menyertai Running Man pada 2010, siapa menyangka variety show tersebut menjadi titik mula untuk Kang Gary mencipta populariti mencanak. Dikenali dengan personaliti selamba dan lucu, keberadaannya dalam rancangan berkenaan seringkali menghiburkan kita semua. Malangnya pada Oktober 2016, rapper tersebut telah mengejutkan ramai apabila nekad mengundurkan diri kerana ingin fokus terhadap kerjaya muziknya. Sehingga kini, dia tenang menjalani hidup bersama isteri dan anak yang tercinta jauh dari dunia hiburan.

BACA : [VIDEO] Main Game Dilarang Gelak, Kwangsoo Jungkook Paling Perit Tahan Ketawa

“Semoga semua impian awak tercapai…”-Ahli Running Man

Pada episod terakhir sebelum dia benar-benar pergi daripada rancangan popular tersebut, rakan gandingannya iaitu Song Ji Hyo juga gagal menahan kesedihan. Bagi yang sudah menjadi peminat setia Running Man, pastinya ramai mengetahui bahawa mereka berdua diberikan gelaran Monday Couple sejak awal rancangan itu disiarkan dek kerana hubungan yang begitu akrab sekali. Setiap minggu, ada sahaja pickupline yang diberikan Gary untuk mengusik manja wanita berkenaan.

Advertisement




Mula-mula bertekak, lama-lama sayang

Pada episod yang terbaru 475, terdapat sebuah moment di mana Song Ji Hyo seolah-olah terkenang semula kepada rapper berkenaan. Semuanya bermula apabila 2 orang ahli baru Running Man iaitu Yang Se Chan dan Jeon So Min dilihat sering bertekak mulut setiap kali mereka duduk bersebelahan. Menyedari detik lucu tersebut, Yoo Jae Suk merasakan bahawa situasi berkenaan amat serupa dengan kisah Ji Hyo dan Gary ketika zaman Monday Couple suatu ketika dahulu.

Mesti dia rindu Kang Gary…Aku pun rindu juga

Tidak ketinggalan, Ji Hyo juga sempat terbuai dengan situasi itu sebelum bertanyakan khabar Kang Gary ketika rakaman tersebut berlangsung. Kata dia lagi, dirinya sentiasa mengikuti dan menyokong kehidupan Gary sekarang. Riak wajah sedihnya ketika mengucapkan dialog juga disedari netizen. Menyaksikan adegan berkenaan, ramai mengakui sebak dan teringat kembali kepada vibes episod terdahulu. Rata-ratanya meluahkan rasa rindu untuk melihat Gary kembali beraksi dalam Running Man.

Advertisement




 

Sumber : Twitter Anez dan Facebook Kshownow

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement