Utama Viral 1 Keluarga Asyik Menari Tik Tok Tapi Aksi Bapa Ini Kalah...

[VIDEO] 1 Keluarga Asyik Menari Tik Tok Tapi Aksi Bapa Ini Kalah Anak-Anaknya

Selari dengan peredaran zaman, aplikasi Tik Tok semakin menjadi perhatian dan kegilaan ramai tidak kira lapisan umur serta jantina. Malah terdapat pelbagai video yang dihasilkan menerusi aplikasi tersebut sebagai hiburan sehari-hari. Kemudian, hasilnya pula dikongsikan ke laman media sosial dan menjadi viral secara tidak sengaja. Begitu jugalah perkongsian video oleh seorang pengendali akaun Twitter yang bernama Puteri Nureen ini saat memaparkan gelagat mereka sekeluarga menari di tepi pantai.

BACA : [VIDEO] Padah Tak Ikut ‘Trend’ Terkini, Pemuda Tersipu Kena Prank Joget Tik Tok

Mempersembahkan Tik Tok daripada kami..

Dalam posting tersebut, mereka menari dengan menggunakan latar belakang lagu ‘Entah Apa Yang Merasukimu’ seperti yang sering digunakan oleh pengguna lain. Namun, aksi yang dibuat oleh bapanya lebih mencuri perhatian sebaik muzik dimainkan.

Just..Ok..

Selain daripada itu, Puteri Nureen turut berkongsi beberapa video yang memaparkan gelagat lelaki berkenaan. Nampaknya, dia sememangnya merupakan seorang yang lucu dan berbakat memetik gitar juga.

Daddy macam chicken dance..gila sporting, lagi aktif dari anak

Perkongsian video berdurasi 39 saat itu telah berjaya meraih hampir 6,000 retweets dan 10,000 tanda suka daripada para netizen. Mana tidaknya, rata-ratanya terhibur melihat gelagat bapa Puteri Zureen yang bersemangat berbuat demikian melebihi anak-anaknya. Mereka juga mula membanjiri ruangan komen di entri berkenaan. Dalam pada itu, netizen turut memuji sikap sporting bapanya kerana tidak ketinggalan dalam mengikuti trend terkini yang sebelum ini hanya berlegar di kalangan orang muda.

Advertisement




Sumber : Twitter Puteri Nureen

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement