Viral

Usah Merungut Malaysia Makin Panas, Rupanya Covid-19 ‘Kalah’ Dengan Suhu Tinggi

Usah Merungut Malaysia Makin Panas, Rupanya Covid-19 ‘Kalah’ Dengan Suhu Tinggi

Sharing is caring!

Peningkatan bilangan penghidap koronavirus di Malaysia terus mengundang kerisauan di kalangan rakyat Malaysia. Sejak bulan Januari lalu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan jumlah keseluruhan telah mencecah 129 orang. Meskipun tiada angka kematian berlaku, masyarakat masih dinasihatkan untuk mengambil langkah proaktif dan berjaga-jaga agar risiko penularan dapat dikurangkan.

BACA : Malaysia Hadap Gelombang Kedua Koronavirus, Cuti Sekolah Nanti Mohon Beringat

Usah Merungut Malaysia Makin Panas, Rupanya Covid-19 ‘Kalah’ Dengan Suhu Tinggi
Gambar sekadar hiasan

 

Cuaca panas dijangka berterusan sehingga hujung Mac

Kini belum reda dengan konflik Covid-19, rakyat Malaysia terus dibelenggu dengan masalah cuaca panas yang merupakan fasa kedua fenomena Monsun Timur Laut. Sebenarnya beberapa bulan yang lalu, amaran sudah dikeluarkan supaya kita bersedia dengan situasi ini. Namun menerusi Sinar Harian, difahamkan bahawa keadaan tersebut hanya akan berlaku sehingga penghujung Mac nanti.


Usah Merungut Malaysia Makin Panas, Rupanya Covid-19 ‘Kalah’ Dengan Suhu Tinggi
Gambar sekadar hiasan

 

Cuaca panas boleh melawan koronavirus

Walaupun ia iklim biasa di Malaysia, ternyata ia masih mengundang rungutan orang ramai. Tidak cukup di waktu siang, detik tidur malam juga tentunya terganggu kerana badan tak berhenti berpeluh. Namun siapa menjangka bahawa ia sebenarnya merupakan satu ‘anugerah’ buat kita semua untuk melawan wabak mengerikan yang berlegar sekarang.

Usah Merungut Malaysia Makin Panas, Rupanya Covid-19 ‘Kalah’ Dengan Suhu Tinggi
Gambar sekadar hiasan

Buka tingkap lebih bagus daripada guna aircond

Ia didedahkan sendiri oleh Prof. Dr. Norayati Abdul Majid (Presiden Persatuan Jangkitan Kawalan Jangkitan Malaysia) melalui laporan berita Buletin TV3. Beliau sempat juga menegaskan tentang penggunaan hand sanitizer yang perlu diutamakan berbanding topeng muka.


Jangan panik walaupun koronavirus dah masuk fasa kedua. Virus boleh dihapuskan secara mudah dengan cuaca panas. Suhu 25 ke 26 dajah selsius, virus tak boleh bertahan. Jadi rajin-rajinlah berjemur untuk panaskan badan.  Kalau boleh bukalah tingkap, bukannya aircond. Matahari dari luar lebih bagus bagi ‘membersihkan’ rumah kita.

Usah Merungut Malaysia Makin Panas, Rupanya Covid-19 ‘Kalah’ Dengan Suhu Tinggi
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber : Twitter Zaid Harithah, Sinar Harian, Vivanews


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Usah Merungut Malaysia Makin Panas, Rupanya Covid-19 ‘Kalah’ Dengan Suhu Tinggi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram