Hiburan Keibubapaan

“Kalau Nak Mak Hidup Aman Berubahlah”- Rozita Penat Dikritik Tak Reti Ajar Anak

“Kalau Nak Mak Hidup Aman Berubahlah”- Rozita Penat Dikritik Tak Reti Ajar Anak

Sharing is caring!

Seperti yang diketahui ramai, nama Datuk Seri Aliff Syukri memang tidak pernah lekang daripada kontroversi sama ada melibatkan soal perniagaan, ahli keluarga mahupun usaha murninya membantu orang lain. Namun gara-gara sudah lama mendiamkan diri daripada kesemua isu tersebut, baru-baru ini Rozita Ibrahim tampil membuat teguran terbuka terhadap sikap anak lelakinya itu.

BACA: Dikritik Soal Isu Harta, DS Aliff Syukri Nafi Masuk Campur Urusan Keluarga Abam

“Kalau Nak Mak Hidup Aman Berubahlah”- Rozita Penat Dikritik Tak Reti Ajar Anak

Jaga maruah sebab keburukan Syukri adalah keburukan mak

Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram miliknya, pengasas produk kosmetik tersebut menyatakan rasa kesal apabila anaknya sering kali menimbulkan masalah serta mengundang kecaman ramai. Walaupun perkara itu telah ditegur berulang-ulang kali olehnya, namun Aliff Syukri seolah-olah tidak mempedulikan pesanan tersebut. Akhirnya, beliaulah yang terpaksa menanggung malu serta dikritik tidak pandai mendidik anak oleh sesetengah pihak.

“Kalau Nak Mak Hidup Aman Berubahlah”- Rozita Penat Dikritik Tak Reti Ajar Anak

Jangan suka hinaan orang hanya untuk publisiti

Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa nada suara DS Aliff juga tidak sesuai untuk menjadi seorang artis atau penyanyi. Rozita juga menasihatinya agar jangan menggunakan kecaman daripada setiap karya lagunya sebagai cara untuk menaikkan publisiti semata-mata. Sebaliknya, beliau mengharapkan agar anaknya itu menjadi seorang usahawan yang profesional pada masa akan datang.

“Kalau Nak Mak Hidup Aman Berubahlah”- Rozita Penat Dikritik Tak Reti Ajar Anak

Kalau nak mak hidup aman…tolong kasihankan maruah kami

Di hujung rakaman berdurasi 2 minit 30 saat itu, beliau malah menyeru suami kepada Datin Shahida tersebut agar sekurang-kurangnya mengasihani maruah ahli keluarga lain daripada terus terpalit isu negatif seperti ini. Jelasnya tindakan ini dibuat bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya atas rasa kasih sayang yang cukup mendalam terhadap dirinya supaya menjadi lebih baik.

View this post on Instagram

Letih sesak dada Mak dah , xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sgt..sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri..!! . "..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke ..?? Mak rela masuk utan dr twngok IG atau lagu ko kri ..Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dr dengar suara ko . Yg menangis2 air mata darah..!! Apa hal pulak ..ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial ..Maaf ya kri..tak sesudah perangai ko kan,, mak dah penat tengok komen org 'tak reti ajak anak'' . Kalau kecik2 boleh aku piat, aku kurung ko syukri,, kalau dah besar panjang mcm ni ko yg kurung aku balik..!! Sbb ko kuat . Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat , berbuih mulut dah , sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak.. Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana..!! Sedap mereka cakap pasal kri , sbb kri yg mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga,, jangan lah buat perangai yg bukan2.. satu2 ..seronok ko je kan..!! Mcm2 kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke " Mak dn kami kena bahananya " Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok2 " kri jawab baik sgt , cakap sayang Mak dn ikut cakp Mak" lepas tu buat lagi “ . KRI sgt baik dgn Mak suka gurau , jaga Mak korban apa saja, tp jgn buat macam ni kat orang awam , umur dh 30an drpd kecik susah dgr cakap Mak , Dah tua makin menjadi2 ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni mmg mak sgt2 marah sbb mak tak sanggup nk dgar lagi org komen negatif ttg kamu syukri..!!

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Sumber: IG bondarozitaibrahim

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Kalau Nak Mak Hidup Aman Berubahlah”- Rozita Penat Dikritik Tak Reti Ajar Anak

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram