Aktiviti makan angin atau melancong ke luar negara bagaikan sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Hakikatnya, pengalaman berkunjung ke negara orang adalah sangat memuaskan kerana setiap destinasi pasti mempunyai pemandangan, karakter dan suasana unik tersendiri. Namun begitu, adalah menjadi satu kerugian apabila ahli keluarga atau rakan travel kita tidak pandai snap gambar. Setiap kali ambil saja mesti ada gambar yang tidak sharp ataupun bergegar.
BACA:Â [VIDEO] Jatuh Masa Beria Tangkap Gambar, Nasib Baik Tak Hempap Geng Pengantin
Pak cik tawar diri ambil gambar…siap keluarkan daun bentuk love
Baru-baru ini, ragam seorang warga emas yang mengambil foto sebuah keluarga sewaktu bercuti di Krabi telah menjadi viral. Menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya, seorang gadis yang menggunakan nama akaun @epathekiddo telah berkongsi beberapa aksi tukang sapu sampah berkenaan. Tanpa disangka-sangka, foto yang terhasil juga sangat kreatif walaupun cuma dengan bantuan sehelai daun sahaja.
Seorang lelaki Melayu Siam…umur 70-an
Ujar gadis ini lagi, pak cik itu sendiri yang menegur dan menawarkan khidmat mengambil foto kenangan keluarga ini secara sukarela. Apa yang menariknya, ini bukanlah kali pertama dia membantu para pengunjung di kawasan itu. Menurut saudara Amirul Syafiq ini pula, dia sempat mengetahui beberapa butir peribadi lelaki budiman tersebut sewaktu dia menangkap gambar yang lebih kurang sama sebelum ini.
Mantap lah pak cik…mana tahu dulu jurufoto profesional kan
Secara keseluruhannya, posting berkenaan telah mendapat perhatian ramai serta meraih lebih 22 ribu retweets setakat ini. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji bakat kreatif dan aksi comel yang ditampilkan oleh pak cik tersebut dalam menghiburkan para pengunjung. Malah ada yang turut mengandaikan bahawa waktu muda dahulu dia adalah seorang jurugambar juga berdasarkan paparan tersebut.
Sumber: Twitter epathekiddo & amirulsyafiq98_