[VIDEO] Jatuh Masa Beria Tangkap Gambar, Nasib Baik Tak Hempap Geng Pengantin

Ramai beranggapan kerjaya sebagai seorang jurufoto adalah tugas yang mudah. Bukan sahaja tidak perlu bekerja di bawah orang lain, malahan mereka boleh menyusun jadual sendiri mengikut perjanjian bersama pelanggan. Namun hakikatnya, jurufoto haruslah berfikiran kreatif demi menghasilkan foto terbaik lebih-lebih di sesebuah majlis kahwin. Di sebalik pelbagai foto cantik yang sering kita saksikan, tahukah anda mereka berdepan banyak cabaran?

BACA : [FOTO] Pengantin Nekad Kahwin Dalam Kebun Getah, Netizen Pula Risau Benda Lain

Gigih berdiri atas kerusi

Itulah gambaran yang cukup tepat apabila menyaksikan sebuah video viral seorang jurgambar baru-baru ini. Mula dikongsikan menerusi Twitter individu bernama @kylasaifllizam, siapa menduga video singkat berdurasi 2 saat tersebut berjaya menarik perhatian netizen sehingga meraih lebih puluhan ribu retweet. Demi menangkap gambar geng pengantin serta bridemaids berkenaan dari sudut atas, dia gigih berdiri di atas sebuah kerusi meskipun berkain pelikat.

Advertisement

Advertisement

Semua gabra bila kerusi bergoyang

Namun tanpa disedari, kerusi itu mula goyang sebelum dia gagal mengimbangkan diri. Tiada pilihan lain, lelaki berkenaan yang masih kuat memegang kamera berharganya terus melompat sejauh mungkin demi mengelak daripada menindih kelompok wanita tersebut. Lucunya, mereka semua begitu terkejut dengan tindakan pantas jurufoto itu menyelamatkan diri. Meskipun berjaya menangkap gambar dengan sempurna di akhirnya, detik itu pastinya menjadi kenangan lawak buat mereka semua.

Tengok video dah kelakar

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen mengakui begitu terhibur dengan video berdurasi 2 saat berkenaan. Ada pula yang meluahkan kerisauan andai kata lelaki berkenaan landing di atas kaki salah seorang gadis yang gabra tadi. 

Advertisement

Sumber : Twitter Kylasaifullizam

Advertisement

Advertisement