Artis Tips

Titis Susu Ibu Konon Rawat Masalah Mata, Irfan Haris Enggan Ikut Petua Aneh

Seolah-olah menjadi kebiasaan masyarakat masa kini untuk bertanyakan hampir semua perkara di media sosial. Antara yang turut tidak ketinggalan adalah para selebriti terkenal tanah air termasuklah bintang Big Stage 2019 seperti Irfan Haris. Baru-baru ini penyanyi tersebut telah memuat naik keadaan matanya yang kemerahan serta dilihat seperti berair menerusi satu posting di laman Instagram.

BACA: Ibu Breastfeed Diperli Baby Tak Montel, Ada Yang Memandai Bagi Susu Formula

Seminggu mata masih merah dan berair

Advertisement

Adik lelaki kepada penyanyi Amira Othman tersebut menjelaskan matanya sudah hampir seminggu berada dalam keadaan tersebut. Walaupun sudah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan namun masih belum ada perubahan berlaku. Malah pemuda itu turut sempat berseloroh matanya seolah-olah seperti mata bagi watak filem seram ‘Ju-On’.

View this post on Instagram

Advertisement

Hello does anyone know how to recover sakit mata ni?, aku dah macam hantu ju on ni oi send help😭😭😭😫😫😫👇🏻👇🏻

A post shared by Irfan Haris / Honey (@irfannharis) on

Advertisement

Ada beri petua titis susu ibu dalam mata 

Prihatin dengan masalah kesihatan yang dihadapi oleh penyanyi muda tersebut, beberapa orang peminatnya berkongsi tips. Namun di sebalik petua-petua yang dikongsikan, ada yang memintanya untuk menitikkan susu ibu ke dalam matanya untuk meredakan kemerahan tersebut. 

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Tak berani try petua pelik 

Walaupun terkejut dengan cadangan tersebut, Irfan dilihat memberi respon melalui Instagram Story. Pemuda itu menjelaskan dia sama sekali tidak akan mencuba ‘petua susu’ berkenaan kerana disifatkan sangat aneh. Sebaliknya dia bertindak menggunakan ubat titis bagi melegakan masalah berkenaan. 

Advertisement

Sumber: Instagram Irfan Haris 

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram