Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Ibu ‘Breastfeed’ Diperli Baby Tak Montel, Ada Yang Memandai Bagi Susu Formula

11th November 2019
in Viral
Ibu ‘Breastfeed’ Diperli Baby Tak Montel, Ada Yang Memandai Bagi Susu Formula
591
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Anak adalah anugerah terindah daripada Allah dan pasti dijaga sebaik mungkin oleh setiap ibu bapa. Meskipun fasa awal penjagaan bayi baru lahir itu penuh dengan cabaran, namun itulah nikmat termanis yang dirasai dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap tentang anak, kita pasti pernah mendengar tentang saranan memberi susu badan kepada bayi masing-masing. Hal itu juga mempengaruhi tumbesaran anak sama ada membesar dengan normal ataupun sebaliknya.

BACA : Ramai Dah Tawar Hati-Bekas Doktor Ini Dedah Realiti Gelap Dunia Perubatan

Nak sangat menyusu badan…Dah tak cukup zat budak tu

Kebanyakan bayi yang menerima susu badan akan mempunyai tubuh yang lebih kecil berbanding susu formula. Namun bagi seorang ibu ini, siapa menyangka badan anaknya yang tidak montel (tidak berketul) membuatkan dirinya terpaksa berhadapan dengan mulut ‘pedas’ orang sekeliling. Kisah itu dikongsikan semula oleh pengguna Facebook bernama Salsabiila Sofian yang juga merupakan seorang pakar laktasi. 

Ibu ‘Breastfeed’ Diperli Baby Tak Montel, Ada Yang Memandai Bagi Susu Formula

Ada yang cuba nak bagi baby saya minum susu tanpa pengetahuan

Meskipun ramai yang memaksa ibu tersebut untuk memberikan susu formula kepada bayinya, namun dia tidak mempedulikan asakan tersebut. Baginya sendiri, dia lebih mengetahui apa yang terbaik dan doktor juga mengesahkan anaknya sihat-sihat sahaja memandangkan susu badan sudah bertindak sebagai makanan lengkap.

Ibu ‘Breastfeed’ Diperli Baby Tak Montel, Ada Yang Memandai Bagi Susu Formula

Ibu ‘Breastfeed’ Diperli Baby Tak Montel, Ada Yang Memandai Bagi Susu Formula

Jangan banding bayi yang diberi susu badan VS susu formula

Menerusi satu pendedahan daripada seorang lagi Pakar Laktasi bernama Noorfazila Abdul Rahman pula, dia sempat berkongsikan beberapa fakta tentang tumbesaran bayi yang mungkin ramai tidak tahu. Menurut maklumat berkenaan, sebenarnya bayi berat ataupun ringan bukanlah penanda ukur kepada kesihatan mereka. Asalkan bayi anda kelihatan aktif, itu bermakna tidak apa-apa yang perlu dirisaukan.

Ibu ‘Breastfeed’ Diperli Baby Tak Montel, Ada Yang Memandai Bagi Susu Formula Ibu ‘Breastfeed’ Diperli Baby Tak Montel, Ada Yang Memandai Bagi Susu Formula

Ibu ‘Breastfeed’ Diperli Baby Tak Montel, Ada Yang Memandai Bagi Susu Formula
Gambar sekadar hiasan

Metabolisme berbeza, jumlah kalori yang dibakar juga berbeza

Bukan sahaja jenis susu dan keturunan, malahan pergerakan anak-anak juga mempengaruhi berat badannya. Bagi budak yang lebih aktif, kalorinya akan terbakar dengan cepat sekaligus menjadikan beratnya kurang dan begitu juga jika berlaku sebaliknya.
Ibu ‘Breastfeed’ Diperli Baby Tak Montel, Ada Yang Memandai Bagi Susu Formula

Ibu ‘Breastfeed’ Diperli Baby Tak Montel, Ada Yang Memandai Bagi Susu Formula
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Facebook Noorfazila Abdul dan Salsabiila Sofian

Tags: bayiibumontelsusu badansusu formula
Next Post
Ibu ‘Breastfeed’ Diperli Baby Tak Montel, Ada Yang Memandai Bagi Susu Formula

Tengah Sibuk Bagi Talk, Tiba-Tiba Bini Call Ada Orang Ketuk Pintu Hotel

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)