Cinta & Perhubungan Gaya Hidup

“Tiada Dalil Sohih Pun Sembunyi Atau Hebohkan Pertunangan..” – PU Azman

“Tiada Dalil Sohih Pun Sembunyi Atau Hebohkan Pertunangan..” – PU Azman

Sharing is caring!

‘Rahsiakan pertunangan, hebohkan perkahwinan.’ Boleh dikatakan rata-rata umat Islam di Malaysia sudah sedia maklum dengan ayat ‘keramat’ ini. Pandangan ini sering diungkapkan kerana ikatan pertunangan masih belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti yang sering terjadi dalam paparan media sosial sejak akhir-akhir ini. Malah ia turut berpotensi menggalakkan cakap-cakap orang apabila mengetahui tentangnya.

BACA: [VIDEO] Tak Tutup Aurat, Suami Yang Tanggung? Ini Jawapan PU Azman Kepada Jihan

“Tiada Dalil Sohih Pun Sembunyi Atau Hebohkan Pertunangan..” – PU Azman
Gambar sekadar hiasan

Apakah erti pertunangan?

Seperti yang diketahui umum, pertunangan boleh diibaratkan sebagai janji buat bakal suami dan isteri sebelum ke menuju arah gerbang perkahwinan. Kebiasaannya, ia melibatkan tempoh tertentu yang telah ditetapkan atau dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Fasa bertunang ini juga bertujuan supaya calon pengantin lebih mengenali hati budi dan keluarga masing-masing. Dalam istilah Arab, ia dikenali sebagai proses taaruf iaitu kenal-mengenal.


“Tiada Dalil Sohih Pun Sembunyi Atau Hebohkan Pertunangan..” – PU Azman
Gambar sekadar hiasan

Tiada dalil larang heboh atau sembunyikan pertunangan

Tak dinafikan bahawa sebahagian ulama pernah berpendapat bahawa merahsiakan perkara itu adalah lebih digalakkan. Namun begitu, sebenarnya ia tiada masalah untuk menghebahkan perihal pertunangan seseorang juga kerana tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Menerusi perkongsian di laman Instagram milik pendakwah selebriti terkenal, PU Azman turut berkongsi pandangan mengenainya.

“Tiada Dalil Sohih Pun Sembunyi Atau Hebohkan Pertunangan..” – PU Azman

“Tiada Dalil Sohih Pun Sembunyi Atau Hebohkan Pertunangan..” – PU Azman
Gambar sekadar hiasan

Ikut kehendak masing-masing…jangan keterlaluan


Seandainya perkara itu diberitahu, sedikit sebanyak dapat mengelakkan daripada berlakunya kejadian seperti melamar tunangan orang lain yang hukumnya haram di sisi agama. Namun jika seseorang itu berniat untuk merahsiakan status pertunangan atas faktor bimbang berlaku hasad dengki dan sebagainya, maka perkara itu digalakkan pula bagi dirinya. Di hujung penjelasannya, Pelakon drama ‘Sweet Dreams’ ini turut sempat berseloroh mengenai status bujangnya.

“Tiada Dalil Sohih Pun Sembunyi Atau Hebohkan Pertunangan..” – PU Azman

“Tiada Dalil Sohih Pun Sembunyi Atau Hebohkan Pertunangan..” – PU Azman

Sumber: IG pu_azman


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Tiada Dalil Sohih Pun Sembunyi Atau Hebohkan Pertunangan..” – PU Azman

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram