Viral

Terkedek-Kedek Sambut Abang Balik Sekolah, 2 Beradik Ini Buat Ramai ‘Melting’

Terkedek-Kedek Sambut Abang Balik Sekolah, 2 Beradik Ini Buat Ramai ‘Melting’

Sharing is caring!

Tidak kira berapa ribu kali pun adik-beradik bertekak, ikatan kekeluargaan tersebut memang takkan pernah pudar. Peribahasa Melayu sendiri pernah menyatakan bahawa air yang dicincang itu tidak akan putus. Lebih-lebih lagi sewaktu masih menjadi kanak-kanak, pastinya begitu banyak aktiviti yang dilakukan bersama sehingga terhasilnya ukhuwah luar biasa. Mungkin itulah kata-kata yang terlintas saat melihat video viral dua beradik comel ini.

BACA : Beria Buat Tarian Kepala Ular Di TikTok, Pemuda Tak Sedar Member Dah Pedajal


Tak sabar tunggu abang balik dari sekolah

Mula dikongsikan oleh ayah mereka sendiri iaitu Trevor Wentworth menerusi laman Twitter, rakaman berdurasi 13 saat itu nampaknya berjaya meraih lebih 100,000 jumlah tontonan. Ketika itu, si cilik berbaju lengan panjang berkenaan terkedek-kedek berjalan bersama ibunya di perkarangan rumah demi menyambut kepulangan si abang selepas tamat waktu persekolahan. 

Mendakap erat si adik dengan senyuman manis

Apabila melihat kelibat abangnya turun daripada bas sekolah, dia memberhentikan langkah dan terus mendepakan tangan seluas-luasnya. Si abang pula berlari laju sebelum mendakap mesra di adik dengan penuh kasih sayang diiringi gelak kecil ibu mereka. Walaupun durasi rakaman berkenaan pendek sahaja, mungkin ada ibu bapa yang teringat kepada gelagat anak sendiri saat melihatnya kan?


Terkedek-Kedek Sambut Abang Balik Sekolah, 2 Beradik Ini Buat Ramai ‘Melting’

Terkedek-Kedek Sambut Abang Balik Sekolah, 2 Beradik Ini Buat Ramai ‘Melting’

Comelnya…Sehari suntuk boleh ulang video sama

Sehingga kini, rakaman sweet dua beradik ini nampaknya berjaya mencairkan hati netizen yang menontonnya. Bukan sahaja memuji kecomelan, malahan ada wanita yang sempat mendedahkan bahawa anak-anak mereka turut membuat perkara sama.


Terkedek-Kedek Sambut Abang Balik Sekolah, 2 Beradik Ini Buat Ramai ‘Melting’ Terkedek-Kedek Sambut Abang Balik Sekolah, 2 Beradik Ini Buat Ramai ‘Melting’ Terkedek-Kedek Sambut Abang Balik Sekolah, 2 Beradik Ini Buat Ramai ‘Melting’

Sumber : Twitter Trevor Wentworth

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Terkedek-Kedek Sambut Abang Balik Sekolah, 2 Beradik Ini Buat Ramai ‘Melting’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram