Inspirasi Uncategorised

Terjatuh Di Tanah Suci, Gadis Lumpuh 9 Tahun Berjaya Berdiri Kembali

Terjatuh Di Tanah Suci, Gadis Lumpuh 9 Tahun Berjaya Berdiri Kembali

Sharing is caring!

Sebelum ini, wajahnya sering menghiasi dada-dada akhbar dan juga media sosial dengan kisah kejayaannya walaupun bergelar seorang kurang upaya (OKU). Haziqah Nurul Huda atau mesra dipanggil Yaya disahkan lumpuh daripada paras pinggang ke bawah akibat dijangkiti kuman pada usia 15 tahun. Walau bagaimanapun, gadis tersebut berjaya berdiri kembali menggunakan kedua belah kaki selepas melalui beberapa peristiwa di Tanah Suci Makkah. 

BACA: Fizikal Sering Jadi Bahan Ejekan, Graduan OKU Bukti Itu Bukan Halangan Berjaya

Terjatuh Di Tanah Suci, Gadis Lumpuh 9 Tahun Berjaya Berdiri Kembali

Jatuh terlentang di Masjidil Haram

Perubahan tersebut terjadi tatkala gadis tersebut dan juga keluarganya menunaikan ibadah umrah. Menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya, Yaya menceritakan dia jatuh terlentang di hadapan pintu masuk Masjidil Haram. Sehinggakan dirinya mengalami demam. Malah bukan itu sahaja, kerusi roda miliknya juga turut hilang sewaktu ditinggalkan sebentar bagi menunaikan ibadah tawaf. 


Terjatuh Di Tanah Suci, Gadis Lumpuh 9 Tahun Berjaya Berdiri Kembali

Ralat kerusi roda hilang tapi ada hikmah

Di sebalik dugaan yang diberi rupanya ada sinar menanti. Susulan dua kejadian tersebut, kaki kirinya yang dahulunya lumpuh kini semakin pulih kembali. Menerusi portal Harian Metro, kehilangan kerusi roda miliknya itu mendorong gadis berkenaan untuk bergerak dengan bantuan tongkat sepenuhnya.

Terjatuh Di Tanah Suci, Gadis Lumpuh 9 Tahun Berjaya Berdiri Kembali

Terjatuh Di Tanah Suci, Gadis Lumpuh 9 Tahun Berjaya Berdiri Kembali Terjatuh Di Tanah Suci, Gadis Lumpuh 9 Tahun Berjaya Berdiri Kembali

Kini sudah mampu ‘berdiri’ 

Perubahan yang boleh dikatakan ‘ajaib’ dan juga drastik itu turut mengejutkan doktor. Kini harapannya untuk berjalan kembali seperti biasa semakin cerah. Namun dia masih perlu beberapa rawatan susulan seperti fisioterapi bagi mengembalikan daya kekuatannya untuk berjalan. 


Terjatuh Di Tanah Suci, Gadis Lumpuh 9 Tahun Berjaya Berdiri Kembali

Sumber: Harian Metro & Instagram Yaya 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Terjatuh Di Tanah Suci, Gadis Lumpuh 9 Tahun Berjaya Berdiri Kembali

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram