Menaiki kapal terbang merupakan satu pengalaman yang mungkin menyeronokkan untuk seseorang yang belum pernah merasainya. Bagaimanapun, penumpang tertakluk kepada beberapa langkah keselamatan semasa berada di dalam pesawat. Silap percaturan, mungkin boleh membawa tragedi kepada penumpang yang lain. Begitulah situasi yang dapat diungkapan apabila membaca satu kisah penerbangan di China ini apabila seorang penumpang dengan beraninya membuka pintu kecemasan tanpa alasan munasabah.
BACA: Sering Berbalas Di Twitter, Wanita Ini Tak Sangka Berjodoh Dengan Jejaka Pemalu
Kejadian itu dikatakan berlaku dalam sebuah pesawat milik syarikat penerbangan di China yang sedang bersiap untuk penerbangan dari Wuhan ke Lanzhou pada waktu petang. Difahamkan, seorang penumpang ini telah bertindak membuka pintu keselamatan dengan tujuan untuk mengambil udara segar sehingga menyebabkan penerbangan tersebut tergendala hampir sejam.
Sudah ditegur
Menurut laporan, perkara itu pada awalnya telah pun disedari oleh anak kapal yang bertugas. Wanita itu sudah diberitahu agar menjauhkan diri daripada pintu keselamatan tersebut namun tidak diendahkan olehnya. Lebih teruk lagi, wanita itu terus membuka pintu tersebut tanpa berfikir panjang.Bukan kejadian pertama
Menurut rekod, kejadian seperti itu bukanlah kali pertama berlaku dalam sejarah. Contohnya pada awal tahun 2019, seorang wanita pernah ditahan oleh pihak berkuasa gara-gara tindakannya yang melemparkan duit syiling ke dalam enjin pesawat semata-mata kepercayaannya untuk mendapatkan nasib yang baik. Kejadian seumpama ini pastinya mendatangkan pelbagai reaksi daripada netizen kerana ianya melibatkan nyawa ramai orang.
Dia buat macam buka tingkap dekat rumah je
Sumber: Facebook Era FM