Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Sering Berbalas Di Twitter, Wanita Ini Tak Sangka Berjodoh Dengan Jejaka Pemalu

27th September 2019
in Cinta & Perhubungan, Gaya Hidup
Sering Berbalas Di Twitter, Wanita Ini Tak Sangka Berjodoh Dengan Jejaka Pemalu
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bila berbicara soal jodoh, semua orang pasti mempunyai kisah tersendiri bagaimana mereka berjumpa dengan teman hidup masing-masing. Kadangkala, sejauh mana kita menolak seseorang, kalau dah tertulis dialah jodohnya maka cepat atau lambat kita pasti akan disatukan. Demikianlah perjalanan cinta yang dikongsikan oleh wanita yang bernama Nur Najieha yang bertemu jodoh dengan suaminya, Nurul Nafis hanya melalui medan Twitter. 

BACA: [VIDEO] Comel Je Meragam, Tapi Setelah Abang Pujuk Terus Tewas Dalam Pangkuan

Menurut Najieha, dia mengenali jejaka itu sejak dia di bangku sekolah lagi. Namun, wanita ini sebaliknya tidak pernah bersua muka dan hanya berhubung melalui Twitter. Itupun, melalui seorang rakan di media sosial tersebut. 

Sering Berbalas Di Twitter, Wanita Ini Tak Sangka Berjodoh Dengan Jejaka Pemalu

Saya mengenali Nafis ini melalui rakan Twitter saya, Amy. Kalau ikutkan, saya tak rapat pun dengan suami masa itu sebab dia seorang yang pemalu nak berbual dengan perempuan. Saya je rajin mentioned dia ajak berbual. Pernah saya gurau ajak dia lepak tapi kena sound dengan dia. Dasar skema 😂😂

Tambahnya, suaminya itu memang seorang yang agak pemalu dan ‘lurus’ dengan perempuan. Malah, dia juga pernah dimarahi hanya kerana berseloroh mengajak lelaki itu keluar bersama dia dan rakan-rakan.

Sering Berbalas Di Twitter, Wanita Ini Tak Sangka Berjodoh Dengan Jejaka Pemalu

Tahap pemalu suami saya ini sehinggakan masa kami on the phone dulu, dia pernah suruh saya senyap tiba-tiba. Ingatkan pasal apa, rupanya dia terdengar bunyi gelang kaki mak dia di luar bilik.

Antara moment terlucu sepanjang perkenalan itu adalah setiap kali mereka berhubung melalui telefon, lelaki itu akan sentiasa berjaga-jaga agar perkara itu tidak sampai diketahui oleh ibu dan ahli keluarga yang lain. Jika hendak disingkap, sebenarnya banyak lagi perkara lucu yang dilakukan oleh suaminya.

Sering Berbalas Di Twitter, Wanita Ini Tak Sangka Berjodoh Dengan Jejaka Pemalu

Throwback zaman sebelum berkahwin. Siap kaburkan muka sebab pemalu!

Sering Berbalas Di Twitter, Wanita Ini Tak Sangka Berjodoh Dengan Jejaka Pemalu

Tak sangka dah kahwin, dah ada anak pun

Pernah melalui pelbagai fasa dalam percintaan seperti komitmen kerja dan keluarga, kedua-dua mereka ini telah mengikat tali pertunangan pada 10 Disember 2016. Sekitar enam bulan lebih selepas itu, Najieha dan Nafis akhirnya diijabkabulkan pada 21 Julai 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nawal Nurwafia. 

Sering Berbalas Di Twitter, Wanita Ini Tak Sangka Berjodoh Dengan Jejaka PemaluSering Berbalas Di Twitter, Wanita Ini Tak Sangka Berjodoh Dengan Jejaka Pemalu

Sumber: Instagram nr.njieha

Tags: berbalas di TwitterJodohjodoh di twitterlelaki skemamat skematak sangka temui jodohwanita tak sangka
Next Post
Sering Berbalas Di Twitter, Wanita Ini Tak Sangka Berjodoh Dengan Jejaka Pemalu

Teringin Ambil Angin, Wanita Ini Buka Pintu Kecemasan. Habis 1 Flight Delay!

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)