Viral

“Tanpa Isteri Rumah Akan Huru-Hara, Baru Nak Tidur Malam Dah Fikir Pasal Esok”

Tidak dinafikan pada zaman sekarang, tugas menguruskan rumah tangga banyak diserahkan kepada isteri. Apalagi yang bergelar suri rumah tangga sepenuh masa, kepenatan ‘bekerja’ dalam rumah sendiri memang cabaran memenatkan bagi mereka. Keadaan juga akan menjadi lebih tertekan apabila suami mengambil kesempatan menjadi ‘raja’ apabila mereka hanya pandai mengarah dan melepaskan tugas kerja rumah 100% sehingga mengabaikan kesihatan mental isteri sendiri.

BACA : Sebijak Mana Pun Seorang Isteri, Bodoh Akan Datang Bila Kepercayaan Dikhianat

Walaupun penat gagahkan juga buat kerja rumah

Advertisement

Kesibukan bekerja bukanlah alasan untuk para lelaki mengelak daripada terlibat dengan kerja menguruskan rumah tangga. Sebab itu jugalah seorang lelaki bernama Mohd Fhais sempat menghuraikan dan membincangkan tentang konflik berkenaan khususnya bagi pihak isteri. Walaupun dia sendiri merupakan seorang lelaki, namun dirinya sangat memahami penat seharian golongan wanita selaku suri rumah tangga. Sehingga sampai ke tilam tidur pun, mereka masih memikikan tentang keluarga sendiri.

Gambar sekadar hiasan

Rahsia isteri cantik adalah suami ringan tulang

Advertisement

Oleh sebab itu, Fhais sempat menegaskan tentang peranan dan kesedaran para suami untuk mengamalkan sikap ringan tulang membantu isteri masing-masing. Tekanan jiwa dialami oleh wanita zaman kini dalam rumah tangga bukanlah perkara biasa yang wajar dipandang ringan. Bahkan emosi mereka yang terjejas mampu mengundang masalah kesihatan lebih serius jika tidak dikawal. 

Gambar sekadar hiasan

Isteri buat kerja rumah, suami jangan melepak saja

Advertisement

Sebenarnya, tujuan suami membantu isteri bukan sekadar boleh meringankan bebannya semata-mata. Namun jika dilihat dari satu perspektif lain, bapa akan menjadi tauladan terbaik kepada anak-anak mereka. Tegas lelaki ini di hujung perkongsiannya, wanita merupakan insan istimewa yang mana kekuatan mereka terlatak pada emosinya. Jika baik, maka baiklah hasilnya dna begitu juga sebaliknya.

Advertisement

Sumber : Facebook Mohd Fhais

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram