Kisah suami isteri yang bermain kayu tiga semakin banyak dilaporkan sejak akhir-akhir ini. Bukan sahaja sudah ‘kantoi’ berkhalwat, ada pula antara mereka yang enggan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa. Tidak cukup dengan itu, mereka akan mengambil tindakan drastik tanpa mengira risiko terhadap nyawa sendiri seperti di Kedah baru-baru ini.
BACA:Â Remaja Mengaku Sorok Bayi 3 Hari Dalam Almari, Boyfriend Pula Buang Di Sungai
Sanggup menyorok dalam siling rumah, ‘kantoi’ apabila jabatan agama buat pemeriksaan pada awal pagi
Memetik portal Berita Harian, seorang penjawat awam telah ‘terkantoi’ tangkap khalwat apabila anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) melakukan pemeriksaan sekitar jam 1.10 pagi. Kejadian tersebut berlaku di sebuah taman perumahan sekitar Jalan Alor Mengkudu. Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan sedang bersembunyi di siling dan seorang wanita berusia 33 tahun pula ditemui berada di tingkat atas kediaman tersebut.
Terpaksa minta bantuan polis sebab tak bagi kerjasama, akhirnya gagal tunjukkan dokumen kahwin
Menurut Ketua Penolong Bahagian Undang-Undang JAIK, individu terbabit enggan memberikan kerjasama apabila disuruh untuk membuka pintu sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak polis peronda. Akibat gagal tunjukkan sebarang dokumen membuktikan hubungan mahram, mereka disabitkan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama 2 tahun.
Sumber: FB Berita Harian