Berita Semasa Viral

Remaja Mengaku Sorok Bayi 3 Hari Dalam Almari, Boyfriend Pula Buang Di Sungai

Saban tahun, isu pembuangan bayi dilihat semakin bertambah dalam kalangan komuniti di negara ini. Meskipun pelbagai pusat perlindungan dan insiatif telah diperkenalkan, namun rata-rata pelakunya masih kurang kesedaran dan akhirnya terdesak untuk membuang anak tidak sah taraf mereka. Tertekan dan risau mendapat kecaman daripada ahli keluarga merupakan antara penyumbang utama terhadap masalah sosial ini.

BACA: [VIDEO] Kuasa Allah, Bayi Terbuang Masih Hidup Walaupun Plastik Diikat Ketat

Bungkus anak dalam almari selama 3 hari

Semalam, sepasang remaja berusia 22 tahun telah dicekup oleh pihak polis berhubung insiden pembuangan seorang bayi perempuan di sekitar Sungai Perak. Hasil pemeriksaan di rumah kediamannya, suspek wanita mengaku telah hamil 7 bulan dan melahirkan bayi tersebut di bilik tidurnya pada jam 3 pagi, Selasa lalu. Gara-gara tidak mahu rahsianya terbongkar oleh ahli keluarga, dia nekad menyorokkan janin di dalam sebuah almari.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Buang di sungai & tenggelamkan bayi guna batu bata

Ujar Ketua Polis Daerah Perak Tengah lagi, jasad bayi terbabit kemudiannya diserahkan kepada teman lelaki untuk dibuang ke Sungai Perak. Dia malah mengaku menenggelamkan bayi tersebut menggunakan empat batu bata sekitar jam 2 pagi kelmarin. Kedua-dua suspek telah diberkas susulan pihak polis menerima aduan awam tentang bau kurang menyenangkan dari sebuah rumah di Taman Maju, Seri Iskandar. Walau bagaimanapun, jasad kecil yang dibuang itu masih belum ditemui oleh pihak berkuasa.

Kredit foto: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram