Artis Hiburan

“Budak Autisme Tak Boleh Terkejut”- Norreen Selar Cara Wartawan Interview Asif

Melalui IG story Instafamous Norreen, baru-baru ini dia ada memuatnaik status berupa teguran dan menyatakan perasaan terkilannya selepas melihat cara wartawan dari sebuah portal hiburan  yang menemubual Asif Suhaimi secara terjah di tempat awam. Asif merupakan seorang remaja autisme yang terkenal di media sosial apabila sering muncul memegang watak di dalam video-video lakonan pendek bersama Youtuber Syahmi Sazli. 

BACA: Diumpan Bagi Kucing Makan Saja, Wanita Dedah Nyaris Senasib Adik Nurin Jazlin!

Advertisement

Aku marah sangat bila tengok video ni

Advertisement

Macam mana pihak media boleh berkelakuan macam ni?

Menurut Norreen, cara yang digunakan wartawan tersebut untuk mendekati Asif adalah tidak sesuai memandangkan remaja itu tidak normal seperti remaja lain. Malah memang sifat semulajadi kanak-kanak autisme untuk tidak berasa selesa apabila didekati dengan orang yang tidak dikenalinya. 

Advertisement

Apa yang aku nampak Asif tak selesa kat situ 

Dalam video itu, Asif telah didatangi oleh dua orang yang tidak dikenalinya untuk bertanyakan soalan-soalan berbaur santai, termasuklah soalan tentang teman wanita. Sepanjang video itu, Asif seperti menunjukkan reaksi kurang senang semasa menjawab soalan-soalan yang diajukan. Malah ketika mula-mula didekati gadis tersebut, Asif sudah berpesan awal-awal supaya menjaga jarak antara mereka.  

Advertisement

Anak autisme tak boleh terkejut

Norreen yang mempersoalkan dan menyelar tindakan wartawan itu telah menjelaskan bahawa kanak-kanak autisme boleh bertindak agresif jika tidak kena dengan caranya. Walau bagaimanapun setiap mereka adalah berbeza dan kita perlu menegur mereka dengan cara baik dan lembut supaya mereka lebih mudah rasa serasi dengan orang baru. 

Advertisement

Difahamkan, Norreen kerap mengikuti ibunya ke tempat kerja yang sebelum ini merupakan tenaga pengajar di sebuah persatuan kanak-kanak istimewa. Dia juga memiliki seorang sepupu perempuan yang seusia dengannya tetapi merupakan seorang autisme. Disebabkan itu, Norreen sudah biasa dengan kanak-kanak autistik dan lebih tahu cara yang betul untuk mendekati mereka.

Advertisement

Malah, hubungannya dengan sepupunya yang dipanggil sebagai Baby itu juga sangat akrab dan baik. Melalui media sosial, Norreen sering berkongsi video dan gambar bila bersama Baby. 

Advertisement

https://www.instagram.com/p/ByMgNZuFpDE/

Advertisement

Sumber: IG norreenjelah, Twitter H0lyitsdinA

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram