Utama Gaya Hidup Betul Ke Bagi Makan Baki Atau Lebihan Daging K0rban Kepada Haiwan Jatuh...

Betul Ke Bagi Makan Baki Atau Lebihan Daging K0rban Kepada Haiwan Jatuh Haram?

Hari ini, seluruh MusIimin dan MusIimat masih diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya AidilAdha pada tahun 1440 Hijrah ini. Seperti Hari Raya Aidilfitri yang baru sahaja disambut pada 2 bulan lepas, pasti ada sahaja persoalan yang kerap dipersoal oleh sesetengah masyarakat. Dan antara yang paling kerap dibahaskan untuk Raya Haji ini pula apakah hukum memberi makan daging k0rban kepada haiwan peliharaan serta haiwan terbiar?

BACA: Masa Tengah Makan Nampak Pakcik Ni Duduk Sorang, Ingatkan Tunggu Makanan

Gambar sekadar hiasan

Menerusi penerangan yang pernah diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri, masyarakat boleh mendalami konteks pemahaman ayat ke-28 dalam Surah al-Hajj terlebih dahulu bagi menjawab persoalan tersebut.




Tidak menjadi kesalahan untuk beri mereka makan..

Ujar beliau, ayat ini jelas menunjukkan bahawa kesemua hasil daging itu memang perlu dimanfaatkan oleh manusia, terutamanya kepada mereka yang fakir dan miskin. Namun begitu, tidak menjadi kesalahan untuk memberi makan sebahagiannya kepada haiwan peliharaan kerana termasuk dalam ruang tasarruf ataupun kepenggunaan.




Menurut Datuk Zulkifli lagi, perkara ini dibolehkan sekiranya kita sudah memanfaatkan sebanyak mungkin bahagian k0rban seperti daging, tulang dan kulitnya, tetapi masih berlebihan. Malah tindakan itu lebih ‘aula‘ daripada dibazirkan atau dibuang begitu sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Daripada Syaddad bin Aus bahawa Rasulullah SAW bersabda:




Hukumnya tidak haram & berdosa..

Tambah beliau lagi, memberi makan dan minum kepada haiwan yang kebuluran adalah suatu bentuk perlakuan ihsan kepada makhluk Allah yang lain. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa hukum untuk memberikan bahagian k0rban adalah tidak haram dan berdosa. Perkara ini termasuklah kepada haiwan peliharaan, ternakan serta terbiar yang tidak terjaga kebajikan makan minumnya.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan




Artikel Popular