Kata orang, zaman belajar di universiti memang masa yang paling sesuai untuk menjalinkan hubungan cinta. Bukan lagi untuk bermain-main dengan perasaan kerana ketika ini, semua mengharapkan hubungan serius yang boleh dibawa kepada perancangan mendirikan rumah tangga. Namun tidak semua yang diharapkan akan berlaku. Andai ditakdirkan jodoh tidak panjang, perpisahan tetap akan berlaku sehingga menjejaskan emosi.
BACA : 7 Tahun Bercinta Akhirnya Terputus, Azab Nak Move On Sampai 3 Tahun Lamanya
Sorry to say, tak berbaloi langsung
Apabila emosi sudah tertekan gara-gara terlalu kecewa, maka ia mengundang pula gangguan terhadap proses belajar. Perkara itu turut dikongsikan oleh seorang wanita bernama Hazwani di Twitternya sehingga meraih ribuan retweet. Dedah individu ini, seorang mahasiswa telah putus cinta sehingga pelajarannya yang dahulu cemerlang akhirnya merundum teruk.
Kelas tak datang, assignment tak hantar
Bukan sahaja menjejaskan prestasi pengajian diri sendiri, malahan rakan-rakan lain dalam tugas berkumpulan juga menerima tempias sama selepas mahasiswa berkenaan culas menyiapkan assignment. Memang benar fasa ini begitu menyakitkan. Tapi tegas Hazwani, semua itu tidak berbaloi langsung lebih-lebih lagi apabila terpaksa melaburkan gara-gara pengajian ditangguh. Maka bagi wanita berkenaan, pelajar tersebut seharusnya bijak mengatasi fasa kekecewaan misalnya mengambil study leave untuk menenangkan diri.
Fokus untuk masa depan…Nak berjaya untuk parent
Menjengah ke ruangan komen, netizen seolah-olah memahami situasi itu memandangkan mereka sendiri pernah berhadapan dengan perkara sama. Namun dari sudut lain, mereka yang melalui fasa putus cinta itu dengan bijak dan matang akhirnya berpuas hati selepas prestasi pelajaran meningkat.
Sumber : Twitter Hazwani