Artis Keibubapaan

Pernah Tak Tenung Muka Anak Tidur, Terfikir Macam Mana 1 Hari Nanti Kita Tiada?

Pernah Tak Tenung Muka Anak Tidur, Terfikir Macam Mana 1 Hari Nanti Kita Tiada?
Rasaflix

Sharing is caring!

Seperti kita semua sedia maklum, rezeki zuriat merupakan anugerah yang begitu tinggi nilainya kepada seseorang. Selain dijanjikan rezeki daripada Allah SWT, anak-anak yang soleh/solehah jualah bakal menjadi penyambung bekalan ibu bapanya ke akhirat kelak. Atas sebab itu jugalah, semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak dan mahu melihat mereka membesar dengan sempurna kan?

BACA: Manja Nak Berkepit 24 Jam, Rupanya Anak Anda Hadapi Situasi ‘High Need Baby’

Besarnya pengorbanan Mommy…Sampai tua pun kena pandang macam ni tau

Begitulah juga perasaan yang sedang dialami oleh penyanyi, Tasha Manshahar apabila bergelar ibu sejak melahirkan cahaya mata sulungnya pada 21 Jun tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, dia dan suami, Raqib Majid sering memuat naik perkembangan dan detik istimewa bersama anak lelaki mereka yang diberi nama Muammar Rafiqi.


Pernah tak terfikir macam mana nanti satu hari kita takde?

Antara posting yang paling menyentuh hati adalah nukilan wanita berusia 28 tahun itu tatkala memandang anaknya sedang tidur beberapa minggu lepas. Luah Tasha, dia berasa sangat khuatir mengenangkan nasib yang bakal dilalui oleh si comel tersebut seandainya dia ditakdirkan ‘pergi’ dulu di masa akan datang. Di hujung kapsyen, dia turut menitipkan doa agar masing-masing diberikan kekuatan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin dan dipertemukan di syurga-Nya kelak.

Sifat seorang ibu…tenung muka dia mulalah air mata mengalir

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Tasha memberikan respon sebak dan positif terhadap posting tersebut. Di samping mendoakan yang terbaik buat ibu dan anak ini, para netizen juga meluahkan pendapat serta kehidupan yang ditempuhi bersama cahaya mata masing-masing apabila mengenangkan saat itu tiba.

Pernah Tak Tenung Muka Anak Tidur, Terfikir Macam Mana 1 Hari Nanti Kita Tiada?


Pernah Tak Tenung Muka Anak Tidur, Terfikir Macam Mana 1 Hari Nanti Kita Tiada?

Pernah Tak Tenung Muka Anak Tidur, Terfikir Macam Mana 1 Hari Nanti Kita Tiada?

Pernah Tak Tenung Muka Anak Tidur, Terfikir Macam Mana 1 Hari Nanti Kita Tiada?


Sumber: IG tashamanshahar

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Pernah Tak Tenung Muka Anak Tidur, Terfikir Macam Mana 1 Hari Nanti Kita Tiada?

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram