Utama Berita Semasa Berkat Doa Ramai, Kesihatan Ustaz Azhar Idrus Makin Baik & Siap Boleh...

Berkat Doa Ramai, Kesihatan Ustaz Azhar Idrus Makin Baik & Siap Boleh Bergurau

Baru-baru ini, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) terbabit dalam insiden jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menunggang basikal. Difahamkan, ia berlaku kerana tali goodies bag yang dihulurkan kepadanya terselit pada celah rim tayar menyebabkan beliau terpelanting ke hadapan. Rentetan daripada kejadian tersebut, UAI terpaksa menjalani operation kerana mengalami kecederaan pada bahagian tangan, hidung dan mukanya.

BACA : Dapat Dating Dengan Isteri Pun Rasa Bahagia, Rupanya Mereka Rindu Nak Berbual

Keadaan semakin baik, boleh sembang & bergurau

Terbaru, tahap kesihatan UAI kini semakin bertambah baik sejurus menjalani operation bagi memasang implan untuk menyambung tulang lengan pada bahagian atas sikunya. Perkara itu didedahkan sendiri oleh penceramah Ustaz Syed Mohd Norhisyam menerusi laman Facebook miliknya ketika menziarahi beliau di HospitaI SuItanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.

Menurut kapsyen yang ditulis juga, kesihatan pendakwah yang berasal dari Terengganu itu kini semakin bertambah baik kerana sudah boleh bersembang dan bergurau. Posting tersebut turut disertakan 2 keping gambar memaparkan keadaan beliau yang sedang tersenyum di atas katil.




Belum boleh pulang ke rumah, habiskan antibiotik

Memetik laporan daripada Sinar Harian pula, pembantu khas UAI iaitu Wan Safari Wan Ahmad memberitahu bahawa masih belum ada tarikh tetap untuk penceramah itu dibenarkan pulang ke rumah. Hal ini kerana doktor meminta beliau untuk menghabiskan ubat antibiotik mengikut jadual.

Sumber : FB Syed Mohd Norhisyam , Sinar Harian

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI