Tabiat Kunyah Sirih Pinang Boleh Sebabkan Kanser, Ada Bahan Kimia Beracun

Tidak perlu dipertikaikan, aktiviti mengunyah sirih pinang merupakan antara aktiviti popular sejak zaman dahulu kala lagi. Bahkan juga, perkara itu masih dilakukan hingga ke saat ini oleh sebilangan besar masyarakat khususnya di rantau Asia Pasifik seperti India, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, serta Malaysia. Menurut laporan terdahulu juga, difahamkan golongan wanita lebih ramai menjamah makanan tradisional tersebut berbanding lelaki di negara ini.

BACA: Awas, Nasi Yang Dipanaskan Berulang Kali Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan

Gambar sekadar hiasan

Pengambilan berterusan boleh risiko kanser mulut

Advertisement

Namun begitu, tabiat memakan daun sirih dan buah pinang secara berterusan dalam tempoh yang lama sebenarnya boleh mengundang risiko kanser mulut atau oral. Menerusi maklumat yang disampaikan di laman Facebook miliknya, Dr. Che Puteh Osman berkata kandungan sejenis bahan kimia iaitu arekolin dalam buah pinang boleh menyebabkan seseorang ketagih tak ubah seperti fungsi nikotin. Di samping itu, kajian terhadap tikus dan kuda juga menyebabkan kesan yang amat kuat terhadap fungsi tubuh mereka.

Gambar sekadar hiasan

Advertisement
Struktur kimia arekolin

Bahan semulajadi jangan dikatakan semua sihat

Oleh sebab itu, beliau menasihati orang ramai bahawa makanan itu tak selamat untuk dimakan secara terus meskipun terhasil secara semulajadi. Bagaimanapun, siapa sangka bahan beracun tersebut juga sebenarnya mengandungi khasiat berguna dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai ubatan terhadap bermacam komplikasi dalam dunia perubatan moden.  

Advertisement

Sumber: FB Che Puteh Osman

Advertisement
Advertisement