Hiburan

Suara Persis Haqiem Rusli, Bakat Nyanyian Kadet PKBM Ini Dipuji Ramai!

Suara Persis Haqiem Rusli, Bakat Nyanyian Kadet PKBM Ini Dipuji Ramai!

Sharing is caring!

Program realiti hiburan ‘I Can See Your Voice Malaysia‘ (ICSYVMY) tidak pernah terlepas untuk memberikan hiburan serta kejutan kepada para penonton di rumah. Dalam episod terbarunya yang berlangsung pada malam tadi, giliran Haqiem Rusli pula sebagai artis jemputan minggu ini. Seperti biasa, dia turut dibantu oleh 5 orang ‘penyiasat tetap’ bagi memilih seorang pemenang dalam kalangan 6 peserta yang terdiri daripada penyanyi sebenar ataupun penyamar.

BACA:  [VIDEO] “Sebak Dengar..” – Harmoni Alif Satar & Raihan Detik Rasa Keinsafan

Walaupun Haqiem telah menyingkir beberapa peserta yang memiliki potensi amat cerah dalam bidang nyanyian, namun tekaannya untuk memilih peserta lelaki yang memakai uniform kadet PKBM ini selaku gandingan duet di sesi terakhir sangat berbaloi.

Suara Persis Haqiem Rusli, Bakat Nyanyian Kadet PKBM Ini Dipuji Ramai!

Suara Persis Haqiem Rusli, Bakat Nyanyian Kadet PKBM Ini Dipuji Ramai!


Memang mantap gandingan 2 penyanyi ini

Menurut penyanyi ‘Selamat Tinggal Sayang’ itu lagi, dia sengaja memilih peserta tersebut kerana lebih selesa berduet dengan lelaki daripada wanita. Tapi siapa sangka, pilihan itulah juga yang memihak kepada pemuda bernama Muhammad Mu’izz Zulqarnain Bin Johar ini apabila dia layak untuk mara ke Konsert Istimewa ICSYVMY Musim Ke-2.

Power giIa, suara lebih kurang Haqiem Rusli!

Dalam pada itu, rata-rata netizen serta penonton di rumah turut terpegun dengan suara yang ditampilkan oleh peserta yang baru sahaja berumur 17 tahun itu. Malah, ada juga yang menyifatkan suaranya sama dengan Haqiem sendiri selain menimbulkan rasa sebak kerana sedikit sebanyak teringat pada Allahyarham Zulfarhan apabila tampil dengan penampilan seperti itu.

Suara Persis Haqiem Rusli, Bakat Nyanyian Kadet PKBM Ini Dipuji Ramai!


Suara Persis Haqiem Rusli, Bakat Nyanyian Kadet PKBM Ini Dipuji Ramai!

Suara Persis Haqiem Rusli, Bakat Nyanyian Kadet PKBM Ini Dipuji Ramai!

Sumber: IG senangterhibur & YouTube TV9MALAYSIA Official


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Suara Persis Haqiem Rusli, Bakat Nyanyian Kadet PKBM Ini Dipuji Ramai!

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram