Utama Uncategorised Kalau Ipar Dapat Lebih Sikit, Tak Perlu Lah 'Membawang' Cerita Sana Sini..

Kalau Ipar Dapat Lebih Sikit, Tak Perlu Lah ‘Membawang’ Cerita Sana Sini..

Di musim perayaan dan cuti persekolahan yang berlangsung sekarang ini, pasti ada keluarga yang merancang untuk pergi bercuti. Kalau ada kesempatan duit lebih, boleh lah melancong ke tempat-tempat menarik yang terdapat di luar negara atau dalam negara. Tapi kalau nak meluangkan masa berkualiti dengan ahli keluarga, balik kampung atau pergi beriadah di tasik atau pantai sahaja pun sudah memadai.

BACA: “Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..

Gambar sekadar hiasan

Kalau ipar/biras pergi melancong…tak perlu bawa mulut cerita sana sini




Namun di saat kita sedang bergembira bersama keluarga atau rakan-rakan, pasti ada sahaja suara sumbang yang tidak senang dengan aktiviti yang kita lakukan. Hakikatnya sikap tersebut adalah sangat negatif, lebih-lebih lagi apabila si pendengki adalah dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Fahami teguran yang pernah ditulis oleh saudara Firdaus Shakirin ini.

Gambar sekadar hiasan

Tak tahu apa yang dia buat sampai boleh beli benda2 yang dia nak tu




Selain pergi bercuti, dia turut menegur sesetengah orang yang tidak pernah senang apabila melihat orang lain memiliki atau mendapat suatu perkara yang lebih sikit daripada mereka. Walhal kita sebenarnya tidak tahu kisah ataupun perngorbanan yang perlu ditempuhi oleh seseorang dalam memiliki sesuatu barangan itu. Sebaliknya, dia menyarankan pihak-pihak tersebut agar fokus terhadap pencapaian diri sendiri sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Kalau tak boleh tengok orang lain lebih…tinggal dalam gua je la




Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Firdaus Shakirin




Artikel Popular